Rabu, 22 Februari 2012

penjelasan pada Hukum kawan dan Couple dalam Islam..

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.


Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.



Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?





Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.

Cinta itu ialah rasa yang istimewa dalam hati. Bercouple pula ialah perbuatan menzahirkan kasih sayang antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram dengan bermesej, berdua-duaan, berkasih sayang dan seumpamanya. Jika itu berlaku, ia bukan lagi cinta sejati, tetapi cinta yang telah dikotori hawa nafsu.

Ramai orang yang bercinta sentiasa mengaku bahawa dirinya ikhlas mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya mereka sedang menipu diri sendiri! Apakah sebenarnya maksud ikhlas? Jika sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukan ikhlas.

Ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharapkan balasan daripada manusia. Tidak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diinginkannya. Mereka berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta, tetapi apabila ditinggalkan mereka mula mengungkit, mula bercerita satu dunia bahawa keihklasan mereka dikhianati.


cinta itu anugerah allah, cinta xsemesti berkasih2han bersama bukan mahram, tapi cinta adalah cinta pada

keluarga, cinta pada alam cinta pada allah itulah saluran cinta. tapi cinta juga mudah dikotori dengan cinta tanpa halal. inginkan cinta pada bukan mahram maka berkahwinlah krana itu tuntutan syarak, bkn bercouple hinggakan kita tidak mengahwini wanita itu. bijaklah memeahami ungkapan cinta anugerah illahi. jangan malas mendalmi ilmu agama jika tak kita akan jahil dan menegakkan perkara yg mungkar. jika tahu tapi kita langgar maka kita munafiq. smuanya adalah dosa dan azabnya neraka ..



SOALAN :apakah hukumnya seseorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melaui handphone(telefon bimbit) . apakah perbuatan itu HALAL atau HARAM??

USTAZ AZHAR IDRUS: sekiranya kandugnan mesej antara laki2 dan perempuan bkn mahram itu adalah perkara2 penting spt jual beli atau seumpamanya , maka hukumnya adalah harus dan wajib tapi di singkatkan setakat yg pnting sahaja. sekiranya msej spt bertnya kan "sedang wat apa?" "awak minat apa?" awak suka warna apa?" atau saya suka tengok awak pakai baju nie, maka hukumnya tak syak lagi adalah haram dalam islam. (bukunya : anda bertanya ustaz azhar idrus menjawab berkenaan permasalaha semasa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan