Jumaat, 2 Mac 2012

kata-kata hikmat Ustaz HH

Untuk hidup janganlah takut menghadapi kesusahan , kerana tiap-tiap kesusahan itu ada kesenangan dan jangan takut menusia benci, untuk menegakkan kebenaran, kerana setiap kebencian itu ada manusia lain menyukainya.
Ramai manusia boleh sabar di masa kesusahan (penderitaan) tapi ramai yang tidak bersyukur di masa kesenangan. Perjuangan yang besar dalam hidup manusia ialah perjuangan menentang hawa nafsu. Hawa nafsu berkisar pada 3 faktor.
                A) kepada wang ringgit
                b) kepada pangkat dan pengaruh
                c) kepada perempuan
kerana ketiga2 faktor inilah manusia boleh terjerumus di lembah kehinaan di dalam hidupnya.
3. sebaik-baik manusia ialah orang yang boleh menyesuaikan dirinya dengan orang-orang rosak akhlaknya sehingga dapat memperbaharui akhlak orang itu hingga menjadi baik.
4. biarlah hidup miskin, asalkan dapat menjalankan taat kepada Allah dan Rasulullah, daripada kekayaan yang menderhaka kepada Allah. Biarlah tidak berpangkat asalkan menjadi manusia yang baik daripada berpangkat tinggi dan merosakkan hak orang lain. Biarlah hilang pangkat , kekayaan, asalkan jangan hilang akal, kerana akal itu adalah sebesar2 nikmat Allah taala, dari segala-galanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan