Sabtu, 8 Disember 2012

LUAHAN MINDA

bila teman atau rakan-rakan kita ada masalah kita sering menjadi orang yang membantu mereka menyelesaikan masalah baik dari segi memberikan pendapat, pertolongan dan sebgainya. namun kenapa segala ilmu yang kita ada itu yang sering kita gunakan itu untuk menasihati rakan-rakan tidak pula kita jadikan ianya sebagai hero pada diri kita sendiri.. kadang-kadang inilah persoalan yang sering aku fikirkan.
 tidak allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab. memang benar.. aku yakin apa yang berlaku ada sebabnya dan jawapannya hanya ada pada allah lebih mengetahuinya.  mungkin jika aku fikir melalui logik pemikiran ku, kenapa saat aku di alami masalah atau musibah aku tidak cekal, aku hilang keyakinan diri, seolah2 tidak mampu membantu diri sndiri, mungkinkah allah hendak orang lain menolongku saat ku punyai masalah. kerana mungkin allah hendak kita sesama manusia saling bergantungan dalam sesuatu perkara.

aku duduk keseorangan memikirkan masalah sendiri .. namun semkin di fikir masalah kian bertambah. namun setelah meluahkan masalah itu, pada rakan ia semakin berkurangan. malah tidak pula meminta apatah lagi berharap si rakan itu memberikan pertolongan mahupun pendapat daripadanya, tapi sekadar dia duduk dan mendengar sahaja sudah memadai dan membuatkan masalah itu kian berkurang dan rasa ringan ruangan kepala ini. subahanallah.. itu adalah kuasa allah...

memikirkan kekuasaan allah ini, aku yakin diriku ini tiada apa2. aku hanya manusia yang kosong.. dan tidak layak aku memarahi orang, tidak layak aku tidak memaafkan kesalahan orang, tidak layak aku meninggikan diri, riak, takabur, dan sifat mazmumah2 yang ada pada diri setiap insan yang tidak beriman pada allah dan kitab al-quran serta pada nabi akhir zaman (nabi Muhammad). MENGAPA??? kerana hidupku matiku hanya untuk allah. setiap hembusan nafas, setiap gerak anggota badanku, baik roh dan zahirku semuanya adalah atas KURNIA Allah, dan allah jualah yang berkuasa menggerakkannya. sedangkan aku tidak mampu. tanpa izin dari allah pasti dan pasti anggota ini tidak akan bergerak walau sedikit sekalipun. lihat sahaja sat sakit terlantar, sehebat , sekuat mana pun , sebesar manapun orang itu andai sakit pasti tidak berdaya jua.

jika hendak berbangga diri, berbangga dengan kepintaran,kebijaksanaan.. kita dah jauh terpesong. kita lupa yang apa kita ini hanya mempunyai ilmu yang ibarat setitik air dilautan saat mencelupkan tangan dan mngangkatnya semula satu titisan itu sahaja ilmu kita. namun masih ada manusia slupa malah mereka seperti allah merasa diri hebat tapi lupa allah lebih hebat. lupa yang lebih bijak, berkuasa,itu adalah Allah dan bukan manusia. kita hanya menyampaikan sahaja atas izin Nya. 

aku suka akan perkataan yang sering digunakan dalam doa2.. HAMBA. ya.. kita memang hamba pada Allah. tahu ke tidak apa itu hamba?? tidak ramai yang tahu.. hamba adalah orang suruhan dan membuat sesusatu bukan atas dasar mengharap ganjaran tapi atas dasar amanah dan kerelaan diri pada tuannya. siapakah tuan kita? sudah pasti Allah. 

Sikap manusia kulihat ramai mengharapkan SYURGA Allah semata2. ya.. bukan tidak salah memang kita ada hak untuk syurga allah. namun saat Manusia meletakkan Syurga itu sebagai MATLAMAT hidup mereka mereka sebenarnya lupa MATLAMAT sebenar adalah bukan syurga tapi KASIH ALLAH, REDHA ALLAH..... saat allah redha dan kasih pada kita  nescaya segala yang kita inginkan akan kita perolehi. andai ALLAH itu yang Bertahta di hati kita.. selebihnya sudah pasti akan mudah untuk kita miliki.. tapi andai ALLAH itu yang kedua dan ketiga nescaya belum tentu apa yang kita ingini itu pasti .. maka mentauhidkan Allah dalam setiap urusan di dunia maka akhirat kita akan dapat. tapi bukan mudah...

persoalan yang aku ingin kongsikan... tidakkah kita beribadat tapi kerana MATLAMAT kerana Syurga itu salah???? bukankah kita beribadat kerana ALLAH bukan kerana mengharapkan makhluk ciptaan allah?? berzikir, bersolat, segala ibadat tapi matlamat kerana makhluk (syurga) tapi tidak mengharap allah kasih dan ingin mencintai allah. lupa mungkin syurga itu jugak ciptaan allah dan makhluk allah.

andai kita punyai kekasih dan dia kaya kemudian kita bercinta kerana hartanya dan saat dia ketahui itu tujuan dan MATLAMAT kita mencintainya tidakkah dia berduka dan rasa terguris dan marah pada kita?? tapi andai bayangkan kita mncintai dirinya sepenuhnya pasti kita mahukan apa sahaja dia akan rela dan senang untuk memberinya.. begitu jua ALLAH.. tidak mustahil ALLAH boleh murka dan belum tentu redha allah akan bersama2 kita..

bersambung..................                                                                        

by : zackariyya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan