Ahad, 16 Disember 2012

HARI INI DALAM SEJARAH -MAJLIS KONVOKESYEN PSSCM







Alhamdulillah setelah beberapa semester aku aktif dalam PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA , akhir nya aku telah mendapat Sekeping sijil yang sangat bernilai bagi setiap Ahli PSSCM....

pada tarikh keramat 15/12/2012 bersamaan 1 Safar 1434 (1/2/34) Hijrah aku dan rakan-rakan telah berjaya menerima sekeping sijil rendah silat cekak. yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas. moga ia satu titik permulaan untuk kami mengorak langkah lebih jauh dalam dunia persilatan melayu yang merupakan Warisan pusaka bangsa dan budaya bangsa kita yang telah bertapak sekian lama di tanah Melayu ini. seperti kata-kata Hang Tuah  "takkan melayu hilang di dunia" .. kata-kata dari almarhum ustaz hj Hanafi Bin Ahmad .. "Sains Teknologi boleh kita kecapi namun budaya tetap hak milik kita"

Sejarah telah membuktikan Silat adalah budaya Melayu.. malah kegemilangannya telah bertapak sekian lama.. lihat sahaja pahlawan tanah air kita, Hang Tuah 5 bersaudara, Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Gajah, dan yang lainnya merupakan tokoh pahlawan negara yang besar jasanya kepada bangsa, agama dan negara. semua mereka mempunyai silat sebagai wasilah untuk mempertahankan diri.. mana usaha kita andai kita hendak menjaga diri?? apatah lagi hendak menjaga agama dan bangsa?? jawapannya kita orang melayu silatlah harus kita pelajari. mengapa pula budaya bangsa luar yang tidak tahu asal usulnya yang nyata. ini budaya bangsa, identiti pada bangsa dan negara kita..maka siapa lagi yang hendak mempertahankannya kalau tidak kita orang melayu yang beragama Islam..

Majlis Konvokesyen ini akan terus terpahat dalam hati ini sampai bila-bila... terima kasih kepada rakan-rakan sepejuangan ( AZIEM, AFIKAH, ATIQA, IEYRA, SYUHADA,FATIN, AZMA, SYIDA, HAMZAR, NAJMUDDIN, ) dan terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia kelas Abng NAIM dan tenaga-tenaga pengajar yang telah banyak membantu hingga tercipta sejarah hidup ku yang baru ini.. (Abg Rafini, Abg Bahari, Abg Hamdan, Farizal,Azmi, dan semua tenaga pengajar yang telah mengajar kami semua sepanjang berada dalam Silat Cekak Malaysia).

ini silat melayu tidak bercampur dengan tahyul dan kurafat, tidak bercampur dengan seni bela diri luar negara, mendidik setiap ahli untuk berpegang pada syariat Agama Islam. membentuk jati diri setiap Ahli, mengajar kami semua bagaimana Berpersatuan, mentadbir persatuan, bersilat, dan perguruan. syukur semuanya ada dalam PSSCM..






1 ulasan:

  1. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
    tinggalkan jejak..follow ke 9

    BalasPadam