Selasa, 25 Disember 2012

WANITA MANGSA JENAYAH ROGOL,BUNUH DAN SAMUN SERTA DLL



saban hari kita sering mendengar, melihat dan membaca di media-media massa akan masalah rogol,bunuh,rompak dan sebagainya, lebih menyedihkan ia berlaku keatas wanita-wanita yang lemah. penjenayah mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita-wanita ini bagi kepentingan diri dan nafsu mereka. bagaimana hendak melawan akan penjenayah yang bernafsukan bintang dan bertopengkan syaitan ini. dah banyak dah undang-undang yang pihak kerajaan buat untuk membenteras jenayah ini tidak kira denda, penjara ataupun gantung sampai mati, dan pihak berkuasa seperti polis juga telah di tempatkan dimana-mana sahaja, malah rondaan pn juga telah dibuat, namun masalah samun, rogol,bunuh ini masih juga berlaku malah semakin meningkat. penjenayah sekarang memang licik. persoalannya apakah tindakan yang perlu dialakukan oleh golongan Hawa mahupun Adam??? untuk mengatasi masalah ini dan melindungi diri dari menjadi mangsa manusia bernafsuka binatang ini??

jika mengharapkan pihak polis sudah semestinya agak sukar untuk membendung gejala ini. apa yang dilihat wanita sekarang bukan tidak tahu akan potensi diri mereka akan menjadi mangsa rogol, samun dan bunuh ini, namun mereka hanya membuat tidak tahu dan merasakan diri mereka akan selamat. namun siapa kita yang akan tahu takdir untuk kita akan datang. mungkin giliran kita pulak menjadi mangsa.. apakah persediaan yang kita ada??

sebagai kaum yang lemah dan lelaki pun sama harus mempelajari satu seni bela diri yang sesuai dengan agama dan budaya kita sendiri. sekurang-kurangnya seandainya diri kita diserang, seperti dirompak, dan dirogaol kita dapat mempertahankan diri. belajar silat itu tidak wajib tapi menjaga diri yang telah di amanahkan oleh ALLAH ini adalah WAJIB. maka apakah persediaan dan usaha kita?? jangan pula kita mati dibunuh dan rogol tanpa ada usaha mempertahankan diri. biarlah kita ada ilmu seni bela diri untuk mempertahankan diri kita daripada menjadi mangsa, mungkin dengan usaha kita itu ALLAH akan datangkan pertolongannya untuk meyelamatkan kita.

di MALAYSIA ini terdapat pelbgai jenis seni bela diri baik dalam negara mahupun dari luar negara. terpulang untuk kita memilih.. tapi sebagai orang melayu ataupun islam seeloknya kita pilihlah budaya datuk nenek kita iaitu SILAT. kerana dalam silat itu ada nya budaya sebgai identiti bangsa kita dan dalam silat itu juga adanya agama. tapi pilihlah juga silat yang tidak menyeleweng dan tidak ada unsur tahyul dan khurafat. takut kelak tersilap memilih susah pada diri. pilihlah silat yang sesuai dengan fitrah manusia dan sesuai dengan akidah dan syariat. bukan rugi belajar silat, tpi ia satu keuntungan kepada kita sendiri juga. sekurang-kurangnya andai ada orang hendak menceroboh diri kita, kita tahu bagaimana hendak berhadapan dengan mereka. jangan katakan wanita tidak sesuai belajar silat, ingat jagalah diri kita dari bahaya kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada kita akan datang, malang itu tidak berbau maka berjaga-jagalah dan buatlah persediaan secukupnya untuk menentang musuh2 kita. 

bagai mana lagi kaum hawa hendak menjaga diri selain daripada mempelajari ilmu seni bela diri... dan seeloknya adalah SILAT bagi mereka yang beragama Islam. takkan hendak berharap pada polis yag setiap masa bukan dapat bersama kita. tapi andai belajar SILAT maka kita akan tahu apa perlu kita buat dan ia sudah ada dalam diri kita bila-bila masa sahaja boleh digunakan andai berhadapan masalah di luar sana ituah dinamakan USAHA jaga diri .. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan