Isnin, 7 Januari 2013

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KALI-1 MAJLIS PENDEKAR MALAYSIA



5 JANUARI2013 satu majlis "Perasmian Mesyuarat Agung Pendekar Malaysia" telah di langsungkan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).  Mesyuarat Agung Majlis Pendekar Malaysia buat kali pertamanya telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Turut hadir YAB Datuk Seri Zamberi MB Perak, Tan Sri Koh Soo Kon, YB Datuk Ahmad Mazlan,YB Datuk Seri Utama Rais Yatim termasuk Ayahanda Mahaguru Tan Sri Omar Din,Presiden MPM dan lain lain.

majlis tersebut turut di hadiri oleh ribuan penggiat seni bela diri dari pertubuhan masing-masing seperti Silat Cekak Malaysia, Gayung, Taekwondo, Silambam, Lincah, dan banyak lagi telah hadir ke majlis tersebut. 

Menurut Tan Sri Omar Din Mauju, tujuan penubuhan MPM ini adalah bagi menyatukan seluruh petubuhan seni bela diri di Malaysia ini dan setakat hari ini sebanyak 11buah pusat bagi MPM setiap negeri di semenanjung telah ditubuhkan. ia juga rentetan untuk menyahut seruan kerajaan iaitu menyatukan rakyat di negara ini melalui seni bela diri..




1.TETAMU DAN PERWAKILAN SETIAP PERTUBUHAN 



2. UCAPAN TPM


3.PERSEMBAHAN SILAT LINCAH



3.PERSEMBAHAN TAEKWONDO


4.TETAMU KEHORMAT





5. PERTUBUHAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA.. 





6.PERASMIAN MAJLIS OLEH TPM DENGAN PUKULAN GONG 
3KALI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan