Jumaat, 30 Mei 2014

dalam mempertahankan agama jangan lupa martabatkan budaya bangsa.

Ramai yang terlalu mengejar agama sehinggakan merasakan bangsa itu tidak perlu lagi di di martabatkan. tidak salah andai kita menegakkan agama.. tapi jangan pula kita buang bangsa. cara berpakaian mengikut sunnah pun tidak ada yang salahnya, tapi jangan buang cara berpakaian bangsa.

Cina dengan pakaian mereka, arab dengan pakaian mereka, kita melayu pula ada pakaian kita.. yang penting itu menutup aurat. bila kita buang identiti bangsa ibarat kita buang kulit pada isinya. lihat sahaja buah durian yang melindungi isinya adalah kulitnya. begitu juga kita pada bangsa adanya budaya... dalam budaya itu adanya agama kerana agama yang membentuk budaya.. nak mempertahankan agama kena ada ilmu.. ilmu itu datangnya dari budaya.. silat adalah budaya.. mempertahankan agama kena ada wasilahnya... kita perlu berusaha memeprtahankan agama kita melalui wasilah atau jalan yang Allah Reda...yakni tidak melanggar syariat dan akidah. kenapa perlu kita pertahankan agama dengan budaya luar seperti tekwando, tomoi, dan sebgainya yg datang dari luar negeri.

dalam kita mencari ilmu biarlah kita kaji asal usulnya dengan terperinci, bukan tegok hebatnya sahaja.. seni bela diri silat kita lihat penuh kurafat tahyul dan syirik.. kenapa seni bela diri luar tidak?? tomoi cara berpakaian sahaja sudah melanggar syariat kerana menampakkan aurat. ingat dalam tiap-tiap budaya di dunia ini terselitnya agama.  kita lihat cara pergerakkannya keras seperti hebat, tapi hakikatnya bukan hebat kita cari. apa yang perlu adalah didikan sifat sabar, berani tidak takut pada mati, yakin hanya pada Allah. mustahil dalam ilmu bela diri luar mendidik kita untuk berani kerana Allah. sebaliknya kita dididik untuk menjadi hebat hingga timbul rasa riak dan sebagainya.

datuk nenek kita telah mencipta silat untuk kita sebagai perisai diri malah unsur agama sangat di tekankan dalam silat melayu ASLI. jika kita tidak mahir dalam sesuatu bidang jangan terus menghukum atau membuat andaian tentag sesuatu itu. upacara silat seolah-olah khurafat, pernahkah kita megaji ilmu tauhid, ilmu agama dengan mendalam atau sekadar peringkat sekolah sahaja? tiap-tiap sesuatu itu ada wasilahnya untuk menghubungkan kita dengan yang maha pencipta. datuk nenek kita bodoh ka??? ingat sebelum agama itu datang pada kita agama itu datang pada mereka terlebih dahulu. gerak silat penuh kelembutan, dalam lembut ada kerasnya.. malah silat yang asli kaki tidak di didik sehingga ke kepala.. silat penuh santunnya. sesuai dengan sifat orang melayu yang penuh adap dan sopan.

1 ulasan:

  1. Oleh kerana tiada negara sebelum Melaka maka lanun sungai & lanun laut jadi bermaharaja-lela. Setelah Melaka wujud pada tahun 1400, mereka mengajikan bekas lanun 'Otai' sebagai tenaga pengajar bagi menjaga keamanan laut untuk kapal dagang. Apabila panglima cina datang bersama rombangan Puteri Hang li Po, Mereka telah mengajar teknik rahsia jepun, india dan china atas kehendak Maharaja China bagi menjaga menantu mereka iaitu Sultan Melaka.

    BalasPadam