Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat
persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa
yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya
dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "
Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu
bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah
ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih
baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang
sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan
mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa
mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang
hidupnya.
Jumhur ulama telah mengkaji sebanyak 145 kali
bilangan perkataan mati dan hidup di sebut dalam Al-Quran. Dan percayalah
bahawa mati itu adalah satu kiamat kecil dan Rasulullah sendiri tidak
mengetahui akan bila kematiannya. Mati itu adalah perpisahan roh dan
jasad kita buat sementara waktu, dan ia akan bersatu semula dengan izin yang
maha esa satu hari nanti di akhirat.
Pernah diceritakan kisah nabi Ibrahim di mana
baginda menceritakan akan perihal sakitnya sakaratul maut (mati). Baginda
memberi tahu bahawa “sakitnya mati saat roh hendak keluar daripada badan
sakitnya seperti kambing yang disiat-siat kulitnya.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W pula, baginda memberitahu
keadaan sakitnya mati jika hendak di ukur kesakitannya adalah seperti 300
tetakan pedang yang tajam. Begitulah sakitnya mati.
KELEBIHAN ORANG MENGINGATI MATI.
Mereka yang cerdik nabi kata adalah orang yang banyak
mengingati mati dan mereka akan membuat persediaan untuk menghadapi mati dengan
memperbanyakkan amalan soleh. Dan Rasulullah memberitahu lagi bahawa mereka
yang zuhud pada dunia dan mereka tidak akan mencintai dunia.
Orang yang mengingati mati akan sentiasa bertaubat
pada Allah setiap hari kerana tidak tahu bila malaikat mencabut nyawa dari
badan. Kata imam Al-Ghazali pula orang yang kenal diri akan kenal
Allah(penciptanya) dengan mengingati mati akan membawa ketenangan diri.
PENYAKIT WAHAN
Penyakit ini di beritahu Rasulullah adalah penyakit
cinta dunia dan benci pada kematian. Mereka yang cintakan dunia dapat dilihat
bila diceritakan tentang kematian mereka tidak suka. Sedangkan nabi S.A.W
ingatkan kita agar mengingati mati, “Perbanyakan ingatan terhadap
perkara yang boleh menghapuskan kelazatan hidup iaitu mati”. Penyakit
wahan ini adalah penyakit yang membinasakan seseorang.
Sabda Nabi S.A.W dunia ini adalah tempat untuk kita
bercucuk tanam. Yakni tempat kita mengumpul amalan-amalan dan bekalan untuk
kita ke alam yang kekal abadi yakni akhirat. Semua yang ada di dunia adalah
dilaknat oleh Allah kecuali orang yang sentiasa mengingati Allah.
Allah Berfirman bermaksud :
“
Allah memegang jiwa ( orang ) ketika matinya dan memegang jiwa ( orang ) yang
belum mati di waktu tidurnya, maka dia tahanlah jiwa yang yang telah dia
tetapkan kematiannya itu dan dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang
ditentukan.
Semua orang takut nak mati, tp bagi orang yang
merindui untuk bertemu Allah penciptanya, sentiasa menanti-nantikan detik
kematian ibarat, sepasang kekasih yang sedang bercinta tidak sabar –sabar untuk
pergi bertemu pasangannya setelah sekian lama tidak bertemu.
Setelah kita tahu definisi MATI tu, ape persediaan
yang nak kita lakukan ? Contohnya macam nilah, kita tahu next week nak final
exam atau test ka, interview ka, ape persediaan yang perlu kita buat sebelum
pergi tu. Ha, Macam tu jugaklah bila kita tau mati tu akan terjadi ( Cuma x tau
bila ) ape persediaan yang kita lakukan untuk menghadapi mati tu.
Allah berfirman bermaksud :
“ Tiap-tiap
jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah
disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam
syurga, maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain
hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
Sebahagian ulama berkata : Barang siapa yang banyak
mengingati mati, maka ia akan mengutamakan 3 perkara iaitu :
1. SEGERA BERTAUBAT
2. BERHATI TENANG
3. RAJIN BERIBADAH
Tetapi barang siapa yang melupakan mati, ia akan
menderita 3 perkara :
1. MENUNDA-NUNDA TAUBAT
2. TIDAK RELA HIDUP SENANG
3. MALAS BERIBADAH
Yang mana satukah persediaan kita untuk menghadapi
mati? Mudah je saudara sekalian, Ingat mati atau lupakan mati ??? ( masing –
masing boleh tanya pada diri sendiri adakah mati itu pernah terlintas di
fikiran atau tidak pernah langsung)
Kita hendaklah berusaha memperbaiki diri dan beramal
untuk menghadapi masa sesudah mati. Anatara perbuatan yang dapat menolong seseorang
untuk mengingati mati dan beramal untuk menyambut masa sesudahnya itu ialah
ziarah kubur, memandikan mayat dan menyembahyangkan jenazah
Dari Abu Zar ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda
Berziarahlah ke kubur, kerana ia dapat menolong
seseorang untuk mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikanlah orang mati, kerana
mengurus jasad orang mati merupakan nasihat yang mendalam. Dan sembahyangkanlah
jenazah kerana mudah-mudahan dapat meruntuhkan hatimu ( menyedihkan ) kerana
orang yang bersedih dibawah naungan Allah, bererti menghadapi segala kebajikan
Orang yang lalai akan dunia maka dia akan lupa akan
akhirat.kejayaan dunia itu pertama tapi kejayaan akhirat itu yang sebenar.
Pernah nabi tidur hanya beralaskan pelepah tamar.
Ini menunjukkan nabi S.A.W mengintai mati, subahanallah kekasih Allah sendiri
mengutamakan akhirat lebih hebat dari kita sekarang. Melihat akan keadaan Nabi
ketika itu Umar menitis air mata lalu berkata “ya Muhammad bukankah engkau
seperti Qisrar dan Qaisar di Rom dan Parsi?? Mereka hebat dengan kekayaan
dan kekuatan mereka. Lalu baginda Menjawab dengan lemah lembut “ berbahagialah
mereka dengan dunia mereka dan berbahagialah kita dengan akhirat kita”
MENGINGATI MATI 2
Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan
datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhir lah segala kenangan
mengenai si polan yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa
sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita
daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa
sifat berkekalan. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di
akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu
menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.
Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib,
kelahiran dan kematian; rezeki; amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka
atau bahagia yang termetri di luh mahfuz. Empat rahsia itu tersimpan di bank
data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak
terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal
fikiran yang terbatas.
Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan
bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada
Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam. Supaya kekuatan iradah
menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang
Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi
akhirat.
Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan
cinta dunia dan takut mati. Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia
akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal
soleh, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri.
Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan
untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan
memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
"Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas
kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan,
akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan
ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka
kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya
engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini
segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan
membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih
tulang-tulang rusuknya".
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Saat itu penilaian terhadap diri bermula tetapi
penyesalan tak merubah apa pun, hanya kesedaran betapa ruginya meremehkan nilai
sesuatu amal hatta bersedekah dengan sepotong kurma yang boleh menyelamatkan
dari api neraka. Pada masa itu akan terkenang kita peluang yang tak direbut,
saat leka dengan hiburan, kemalasan dan menunda ibadat yang menjadi kebiasaan.
Maka menangislah mata-mata yang tak pernah menangis
(kerana takut pada Allah) dan ketakutan hati-hati yang tak pernah takut.
Menggigil sekujur badan yang akan menanggung salah lakunya sendiri. Tidak
pernah dalam satu hari pun kecuali pada hari itu ia berasa begitu menyesal dan
berputus asa dengan keadaannya, malangnya peluang kedua sudah tiada lagi.
Sebelum kedatangan maut, adakah kita mempunyai
impian pada saat akhir kehidupan seperti merancang untuk menikmati kematian
dengan tenteram, meninggalkan orang tersayang dengan reda dan paling penting
kerinduan untuk bertemu Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang
siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, sesungguhnya Allah pun tidak suka
bertemu dengannya".
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pertemuan itu adalah pertemuan paling istimewa
dengan panggilan istimewa "nafsul- muthmainnah" (jiwa yang tenang)
dan ajakan yang mulia (kembalilah kepada Rabbmu) bahkan pelawaan yang amat
berharga (masuklah ke dalam syurga-Ku). (Surah al-Fajr)
Itulah impian hamba Allah mengenai kematian kerana
bagi mereka bahagia bukan hanya ketika masih hidup bahkan di saat akhir pun
mesti dilalui dengan perasaan bahagia dan reda. Betapa ruginya mereka yang
terperosok masuk ke dalam lubang yang digali syaitan padahal perjalanan panjang
yang dilalui sebelum ini dapat dengan mudah dilaluinya tetapi di penghujung
jalan mereka terperangkap.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Maka demi
Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan
amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan
sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan
ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya". (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
Oleh itu marilah kita bersama-sama menilai diri dan
amal mudah-mudahan kita akan melalui kematian dengan cara yang amat indah
sekali dek kerana telah ada persediaan rapi, amal yang cukup, sebutan dan
kenangan yang baik kerana impian kita semua adalah husnul khatimah.
Tujuan Allah SWT mematikan manusia:
- Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan
yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang
melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri;
- Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan
manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa
dan ketika;
- Menyedarkan manusia daripada lalai dan lupakan
Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang
melimpah-ruah;
- Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak
mungkin amal kebajikan dengan menjauhi kejahatan;
- Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini
hanyalah sementara sahaja sedangkan kehidupan di akhirat adalah yang lebih baik
dan abadi.