Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat
dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang
semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian
sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman,
matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami
dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa
kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan
janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan
iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami
rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia
ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat
baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.