Ramai yang terlalu mengejar agama sehinggakan merasakan bangsa itu tidak perlu lagi di di martabatkan. tidak salah andai kita menegakkan agama.. tapi jangan pula kita buang bangsa. cara berpakaian mengikut sunnah pun tidak ada yang salahnya, tapi jangan buang cara berpakaian bangsa.
Cina dengan pakaian mereka, arab dengan pakaian mereka, kita melayu pula ada pakaian kita.. yang penting itu menutup aurat. bila kita buang identiti bangsa ibarat kita buang kulit pada isinya. lihat sahaja buah durian yang melindungi isinya adalah kulitnya. begitu juga kita pada bangsa adanya budaya... dalam budaya itu adanya agama kerana agama yang membentuk budaya.. nak mempertahankan agama kena ada ilmu.. ilmu itu datangnya dari budaya.. silat adalah budaya.. mempertahankan agama kena ada wasilahnya... kita perlu berusaha memeprtahankan agama kita melalui wasilah atau jalan yang Allah Reda...yakni tidak melanggar syariat dan akidah. kenapa perlu kita pertahankan agama dengan budaya luar seperti tekwando, tomoi, dan sebgainya yg datang dari luar negeri.
dalam kita mencari ilmu biarlah kita kaji asal usulnya dengan terperinci, bukan tegok hebatnya sahaja.. seni bela diri silat kita lihat penuh kurafat tahyul dan syirik.. kenapa seni bela diri luar tidak?? tomoi cara berpakaian sahaja sudah melanggar syariat kerana menampakkan aurat. ingat dalam tiap-tiap budaya di dunia ini terselitnya agama. kita lihat cara pergerakkannya keras seperti hebat, tapi hakikatnya bukan hebat kita cari. apa yang perlu adalah didikan sifat sabar, berani tidak takut pada mati, yakin hanya pada Allah. mustahil dalam ilmu bela diri luar mendidik kita untuk berani kerana Allah. sebaliknya kita dididik untuk menjadi hebat hingga timbul rasa riak dan sebagainya.
datuk nenek kita telah mencipta silat untuk kita sebagai perisai diri malah unsur agama sangat di tekankan dalam silat melayu ASLI. jika kita tidak mahir dalam sesuatu bidang jangan terus menghukum atau membuat andaian tentag sesuatu itu. upacara silat seolah-olah khurafat, pernahkah kita megaji ilmu tauhid, ilmu agama dengan mendalam atau sekadar peringkat sekolah sahaja? tiap-tiap sesuatu itu ada wasilahnya untuk menghubungkan kita dengan yang maha pencipta. datuk nenek kita bodoh ka??? ingat sebelum agama itu datang pada kita agama itu datang pada mereka terlebih dahulu. gerak silat penuh kelembutan, dalam lembut ada kerasnya.. malah silat yang asli kaki tidak di didik sehingga ke kepala.. silat penuh santunnya. sesuai dengan sifat orang melayu yang penuh adap dan sopan.
Jumaat, 30 Mei 2014
Isnin, 28 Oktober 2013
Kenangan pada Perlawanan separuh Akhir Piala Malaysia Sarawak vs Pahang
Separuh akhir -pertama PIALA MALAYSIA di stadium Darul Makmur Kuantan Pahang.. pada 19/10/2013
hari kejadian sebanyak 6buah bas yang membawa penyokong sarawak. sebuah bergerak daripada UPSI dan 5buah lagi daripada KL sentral membawa penyokong sarawak yang datang dari sarawak dan sekitar KL.
para penyokong berkumpul di pekarangan stadium darul makmur dan menyanyikan lagu2 semangat sehinggalah pukul 6.30pm penyokong di benarkan masuk stadium.. sarawak tewas 3-1 pada pahang..
tapi apa yang menarik selepas perlawanan malam ini ialah.. tiada insiden yang tidak di ingini berlaku.
para penyokong pahang menyambut baik kedatangan penyokong sarawak...
special thanks kepada GB13, Distixtigabelas, Ngap Sayot, Fans Sarawak UPSI,
semangat bola sepak ini perlu dikekalkan agar suatu masa nanti , bola sepak Malaysia ini akan menjadi satu tarikan pada dunia bola sepak dunia.. dan moga stadium2 negeri akan terus dipenuhi oleh penyokong....
![]() |
| bersama kawan dari sabah yang menyokong Sarawak |
![]() | |||||
| sebelum bergerak ke kuantan. kami bergambar dahulu di tanjung malim | . |
![]() |
| with za n kak sal mia |
![]() |
| para penyokong kedua pasukan bertukar mafla dan bersalaman |
![]() |
| antara penyokong pahang. saya bertukar mafla dgn abang yg tgn dlm poket tu :) |
![]() |
| wajah abang nie iras muka suami sepupu. and with maksu |
![]() |
| with frenz shah n za |
![]() |
| with my frenz from miri. "ZA" |
next season akan kita gegarkan lagi stadium ketika sarawak bermain.. TERUSKAN "SEMANGAT 88"
Isnin, 16 September 2013
KEM kenaikan pangkat koperal/lans koperal KRS SEMBAKA
alhamdulillah.. akhirnya selesai juga kem kenaikan pangkat kopral dan lans kopral SMK BANDAR BARU BATANG KALI daripada 13-15 September 2013... pelbagai pengalaman yang di perolehi daripada kem ini sebagai seorang guru pelatih.. moga apa yang di perolehi daripada kem ini akan dapat di jadikan bekalan untuk menempuh dugaan sebgai guru tetap kelak insyallah...
majlis penutupan kem kenaikan pangkat KRS
Ahad, 8 September 2013
KEM BINA INSAN ANAK MERDEKA 2013 SEMBAKA
hari penututupan program BINA INSAN KAMI ANAK MERDEKA untuk pelajar tingatan 1 SEMBAKA.
alhamdulillah semua nya berjaya.. seronok tengok budak-budak bila mereka memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. moga disebalik objektif program ini tercapai dan mampu memupuk sedikit jati diri dan semangat patriot dalam diri anak-anak muda ini. pelbagai aktiviti yang telah di jalankan sepanjang Kem ini diadakan. seperti pertandingan malam budaya, kembara anak merdeka, LDK dan banyak lagi untuk mendedahkan dan menanamkan perasaan cinta akan negara dan berdikari dalam diri anak-anak muda yang baru menjejakkan kaki mereka di alam persekolahan menengah rendah ini. dan Ayahanda pengetua menamakan mereka kumpulan 216 sempena kehadiran yang datang. yang datang melayu dan india .pelajar cina tidak melibatkan diri dalam program ini
halangan kelima
halangan ke empat
halangan pertama
sebelum memulakan perjalanan ke kem rimba tamu
barisan JURULATIH DAN FASILITATOR
Rabu, 4 September 2013
BINGKISAN SEMALAM
setelah beberapa minggu menjadi seorang guru praktikel, memang banyak dugaan dan cabaran di hadapi tidak kita urusan program, dan akademik. namun itu baru pendedahan pertama di dunia pendidikan ini..
aku yakin suatu hari nanti cabaran itu lebih berat akan ditempuh oleh setiap insan bernama GURU.
menjadi seorang guru bukanlah semudah lidah yang menyebut. kerana menjadi GURU adalah satu TANGGUNGJAWAB yang terpaksa di tanggung di dunia dan di jawab di akhirat..
bukan senang untuk mendidik manusia menjadi INSAN.. setakat mengajar dan makan gaji stiap hujung bulan itu memang mudah.. namun AKHLAK itu yang payah...
Menjadi seorang guru bermakna kita menjadi seorang JURUTERA yang bukan membaiki mesin tetapi berhadapan dengan membaiki akhlak mausia dan membawa mereka ke landasan yang sebenar dalam hidup ini..
bila melihat telatah budak-budak di sekolah tak ubah macam telatah aku sendiri dan rakan-rakan masa di sekolah dahulu.. gayanya sama je, budaya tu sama je di mana2. jadi aku faham akan setiap situasi yang berlaku dan kadang2 kita tahu sesuatu kita rahsiakan saja wat tak tahu..
bila berada pada tahap sekarang barulah aku faham erti kehidupan..
suatu hari nanti dunia yang bercirikan hiburan, keseronokan bersama teman itu akan berkurangan dan kita akan sedikit-sedikit mendekatkan diri dengan dunia dan akhirat..
masa remaja dahulu memang dengan jiwa dan darah muda semua buat tak endah. rasa kuat rasa hebat dan sebagainya lahir dari diri.. rupa2nya masa itu baru nk mencari identiti diri .. sekarang aku sudah NAMPAK matlamat hidup itu kemana.. kadang2 sekarang bercerita tentang hidup, tentang dunia akandatang seperti itu jugalah guru ku dahulu pernah bercerita kepadaku.. seoralah-olah benda ini berputar seperti roda... baruku tahu itulah kehidupan...
andai diberi peluang untuk ulangi masa silam sudah pasti akan ku belajar bersungguh-sungguh dan menjadi INSAN sejak sekolah lagi...
namun bukan bermakna kehidupan yang dilalui ini salah dan tidak betul.. namun aku yakin ini adalah jalan yang ALLAH telah takdirkan untuk diriku bertemu dengan NYA kelak.. kerana mati tidak mengenal usia, sihat mahupun sakit..

Isnin, 7 Januari 2013
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KALI-1 MAJLIS PENDEKAR MALAYSIA
5 JANUARI2013 satu majlis "Perasmian Mesyuarat Agung Pendekar Malaysia" telah di langsungkan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Mesyuarat Agung Majlis Pendekar Malaysia buat kali pertamanya telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir YAB Datuk Seri Zamberi MB Perak, Tan Sri Koh Soo Kon, YB Datuk Ahmad Mazlan,YB Datuk Seri Utama Rais Yatim termasuk Ayahanda Mahaguru Tan Sri Omar Din,Presiden MPM dan lain lain.
majlis tersebut turut di hadiri oleh ribuan penggiat seni bela diri dari pertubuhan masing-masing seperti Silat Cekak Malaysia, Gayung, Taekwondo, Silambam, Lincah, dan banyak lagi telah hadir ke majlis tersebut.
Menurut Tan Sri Omar Din Mauju, tujuan penubuhan MPM ini adalah bagi menyatukan seluruh petubuhan seni bela diri di Malaysia ini dan setakat hari ini sebanyak 11buah pusat bagi MPM setiap negeri di semenanjung telah ditubuhkan. ia juga rentetan untuk menyahut seruan kerajaan iaitu menyatukan rakyat di negara ini melalui seni bela diri..
1.TETAMU DAN PERWAKILAN SETIAP PERTUBUHAN
2. UCAPAN TPM
3.PERSEMBAHAN SILAT LINCAH
3.PERSEMBAHAN TAEKWONDO
4.TETAMU KEHORMAT
5. PERTUBUHAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA..
6.PERASMIAN MAJLIS OLEH TPM DENGAN PUKULAN GONG
3KALI.
Khamis, 3 Januari 2013
WALI SONGO (WALI SEMBILAN)
1.Sunan Bonang
Ia anak Sunan
Ampel, yang bererti juga cucu Maulana Malik Ibrahim. Nama kecilnya adalah Raden
Makdum Ibrahim. Lahir 1465 M dari seorang perempuan bernama Nyi Ageng Manila,
puteri seorang adipati di Tuban.
Sunan Bonang
belajar agama dari pesantren ayahnya di Ampel Denta. Setelah cukup dewasa, ia
berkelana untuk berdakwah di berbagai pelosok Pulau Jawa. Mula-mula ia
berdakwah di Kediri, yang majoriti masyarakatnya beragama Hindu. Di sana ia
mendirikan Masjid Sangkal Daha.
Ia kemudian
menetap di Bonang - desa kecil di Lasem, Jawa Tengah -sekitar 15 kilometer
timur kota Rembang. Di desa itu ia membangun tempat pesujudan/zawiyah sekaligus
pesantren yang kini dikenal dengan nama Watu Layar. Ia kemudian dikenal pula
sebagai imam resmi pertama Kesultanan Demak, dan bahkan sempat menjadi panglima
tertinggi. Meskipun demikian, Sunan Bonang tak pernah menghentikan kebiasaannya
untuk berkelana ke daerah-daerah yang sangat sulit.
Ia sering
berkunjung ke daerah-daerah terpencil di Tuban, Pati, Madura mahupun Pulau
Bawean. Di Pulau inilah, pada 1525 M ia meninggal. Jenazahnya dimakamkan di
Tuban, di sebelah barat Masjid Agung, setelah sempat dirampas oleh masyarakat
Bawean dan Tuban.
Tak seperti Sunan
Giri yang mudah dalam Feqah, ajaran Sunan Bonang memadukan ajaran ahlussunnah
bergaya tasawuf dan garis salaf ortodoks. Ia menguasai ilmu Feqah, usuludin,
tasawuf, seni, sastra dan arkitek. Masyarakat juga mengenal Sunan Bonang
sebagai seorang yang pakar mencari
sumber air di tempat-tempat gersang.
Ajaran Sunan
Bonang berintikan pada falsafah 'cinta'('isyq). Sangat mirip dengan
kecenderungan Jalalludin Rumi. Menurut Bonang, cinta
sama dengan iman, pengetahuan gerak hati (makrifat) dan kepatuhan kepada Allah SWT
atau haq al yaqqin. Ajaran tersebut disampaikannya secara popular melalui media
kesenian yang disukai masyarakat. Dalam hal ini, Sunan Bonang bantu-membantu
dengan murid utamanya, Sunan Kalijaga.
Sunan Bonang
banyak melahirkan karya sastra berupa suluk, atau tembang tamsil. Salah satunya
adalah "Suluk Wijil" yang tampak dipengaruhi kitab Al Shidiq karya
Abu Sa'id Al Khayr (wafat pada 899). Suluknya banyak menggunakan tamsil cermin,
bangau atau burung laut. Sebuah pendekatan yang juga digunakan oleh Ibnu Arabi,
Fariduddin Attar, Rumi serta Hamzah Fansuri.
Sunan Bonang juga
menggubah gamelan Jawa yang saat itu kental dengan ilmu keindahan Hindu, dengan
memberi perbezaan baru. Dialah yang menjadi pencipta gamelan Jawa seperti
sekarang, dengan menambahkan instrumen bonang. Gubahannya ketika itu memiliki
perbezaan zikir yang mendorong kecintaan pada kehidupan transedental (alam
malakut). Tembang "Tombo Ati" adalah salah satu karya Sunan Bonang.
Dalam pentas
pewayangan, Sunan Bonang adalah dalang yang pakar membius penontonnya.
Kegemarannya adalah menggubah lakon dan memasukkan tafsir-tafsir khas Islam.
Kisah perseteruan Pandawa-Kurawa ditafsirkan Sunan Bonang sebagai peperangan
antara nafi (peniadaan) dan 'isbah (peneguhan).
2.Sunan Ampel
Ia putera tertua
Maulana Malik Ibrahim. Menurut Babad Tanah Jawi dan Salasilah Sunan Kudus, di
masa kecilnya ia dikenal dengan nama Raden Rahmat. Ia lahir di Campa pada 1401
Masehi. Nama Ampel sendiri, dinamakan dengan nama tempat dimana ia lama
bermukim. Di daerah Ampel atau Ampel Denta, wilayah yang kini menjadi bahagian
dari Surabaya (kota Wonokromo sekarang).
Beberapa versi
menyatakan bahawa Sunan Ampel masuk ke pulau Jawa pada tahun 1443M bersama
Sayid Ali Murtadho, sang adik. Tahun 1440, sebelum ke Jawa, mereka singgah dulu
di Palembang. Setelah tiga tahun di Palembang, kemudian ia melabuh ke daerah
Gresik. Dilanjutkan pergi ke Majapahit menemui bibiknya, seorang puteri dari
Campa, bernama Dwarawati, yang dipersunting salah seorang raja Majapahit beragama
Hindu bergelar Prabu Sri Kertawijaya.
Sunan Ampel
menikah dengan puteri seorang adipati di Tuban. Dari perkawinannya itu ia
dikurniakan beberapa putera dan puteri. Diantaranya yang menjadi penerusnya
adalah Sunan Bonang dan Sunan Drajat. Ketika Kesultanan Demak (25 kilometer
arah selatan kota Kudus) hendak didirikan, Sunan Ampel turut membidani lahirnya
kerajaan Islam pertama di Jawa itu. Ia pula yang menunjuk muridnya Raden Patah,
putra dari Prabu Brawijaya V raja Majapahit, untuk menjadi Sultan Demak tahun
1475 M.
Di Ampel Denta
yang berawa-rawa, daerah yang dihadiahkan Raja Majapahit, ia membangun
mengembangkan pondok pesantren. Mula-mula ia merangkul masyarakat sekitarnya.
Pada pertengahan Abad 15, pesantren tersebut menjadi centre pendidikan yang sangat
berpengaruh di wilayah Nusantara bahkan mancanegara. Di antara para pelajar
adalah Sunan Giri dan Raden Patah. Para pelajar tersebut kemudian disebarnya
untuk berdakwah ke berbagai pelosok Jawa dan Madura.
Sunan Ampel
menganut Feqah mahzab Hanafi. Namun, pada para pelajarnya, ia hanya memberikan
pengajaran sederhana yang menekankan pada penanaman akidah dan ibadah. Dia-lah
yang mengenalkan istilah "Mo Limo" (moh main, moh ngombe, moh maling,
moh madat, moh madon). Yakni seruan untuk "tidak berjudi, tidak minum
minuman keras, tidak mencuri, tidak menggunakan narkotik, dan tidak
berzina."
Sunan Ampel telah
wafat pada tahun 1481 M di Demak dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Ampel,
Surabaya.
3.Sunan
Drajat
Nama kecilnya
Raden Qosim. Ia anak Sunan Ampel. Dengan demikian ia bersaudara dengan Sunan
Bonang. Diperkirakan Sunan Drajat yang bergelar Raden Syaifuddin ini lahir pada
tahun 1470 M.
Sunan Drajat
mendapat tugas pertama kali dari ayahnya untuk berdakwah ke pesisir Gresik,
melalui laut. Ia kemudian terdampar di Dusun Jelog --pesisir Banjarwati atau
Lamongan sekarang. Tapi setahun berikutnya Sunan Drajat berpindah 1 kilometer
ke selatan dan mendirikan padepokan santri Dalem Duwur, yang kini bernama Desa
Drajat, Paciran-Lamongan.
Dalam pengajaran
tauhid dan akidah, Sunan Drajat mengambil cara ayahnya: langsung dan tidak
banyak mendekati budaya tempatan. Meskipun demikian, cara penyampaiannya
mengadaptasi cara berkesenian yang dilakukan Sunan Muria. Terutama seni suluk.
Maka ia menggubah sejumlah suluk, di antaranya adalah suluk petuah
"berilah tongkat pada si buta/beri makan pada yang lapar/beri pakaian pada
yang telanjang'.
Sunan Drajat juga
dikenal sebagai seorang bersahaja yang suka menolong. Di pondok pesantrennya,
ia banyak memelihara anak-anak yatim-piatu dan fakir miskin.
4.Sunan
Giri
Ia memiliki nama
kecil Raden Paku, alias Muhammad Ainul Yakin. Sunan Giri lahir di Blambangan
(kini Banyuwangi) pada 1442 M. Ada juga yang menyebutnya Jaka Samudra. Sebuah
nama yang dikaitkan dengan masa kecilnya yang pernah dibuang oleh keluarga
ibunya--seorang puteri raja Blambangan bernama Dewi Sekardadu ke laut. Raden
Paku kemudian dipungut anak oleh Nyai Semboja (Babad Tanah Jawi versi Meinsma).
Ayahnya adalah
Maulana Ishak. saudara sekandung Maulana Malik Ibrahim. Maulana Ishak berhasil
meng-Islamkan isterinya, tapi gagal mengislamkan sang mertua. Oleh kerana
itulah ia meninggalkan keluarga isterinya berkelana hingga ke Samudra Pasai.
Sunan Giri kecil
menuntut ilmu di pesantren misannya, Sunan Ampel, tempat dimana Raden Patah
juga belajar. Ia sempat berkelana ke Melaka dan Pasai. Setelah merasa cukup
ilmu, ia membuka pesantren di daerah perbukitan Desa Sidomukti, Selatan Gresik.
Dalam bahasa Jawa, bukit adalah "giri". Maka ia dijuluki Sunan Giri.
Pesantrennya
tidak hanya dipergunakan sebagai tempat pendidikan dalam erti sempit, namun
juga sebagai pusat pengembangan masyarakat. Raja Majapahit -konon kerana
khawatir Sunan Giri mencetuskan pemberontakan- memberi keleluasaan padanya
untuk mengatur pemerintahan. Maka pesantren itupun berkembang menjadi salah
satu pusat kekuasaan yang disebut Giri Kedaton. Sebagai pemimpin pemerintahan,
Sunan Giri juga disebut sebagai Prabu Satmata.
Giri Kedaton
tumbuh menjadi pusat politik yang penting di Jawa, waktu itu. Ketika Raden
Patah melepaskan diri dari Majapahit, Sunan Giri malah bertindak sebagai
penasihat dan panglima militer Kesultanan Demak. Hal tersebut tercatat dalam
Babad Demak. Selanjutnya, Demak tak lepas dari pengaruh Sunan Giri. Ia diakui
juga sebagai mufti, pemimpin tertinggi keagamaan, se-Tanah Jawa.
Giri Kedaton
bertahan hingga 200 tahun. Salah seorang penerusnya, Pangeran Singosari,
dikenal sebagai tokoh paling gigih menentang kolusi VOC dan Amangkurat II pada
Abad 18.
Para pelajar
pesantren Giri juga dikenal sebagai penyebar Islam yang gigih ke berbagai
pulau, seperti Bawean, Kangean, Madura, Haruku, Ternate, hingga Nusa Tenggara.
Penyebar Islam ke Sulawesi Selatan, Datuk Ribandang dan dua sahabatnya, adalah
murid Sunan Giri yang berasal dari Minangkabau.
Dalam keagamaan,
ia dikenal kerana pengetahuannya yang luas dalam ilmu Feqah. Orang-orang pun
menyebutnya sebagai Sultan Abdul Fakih. Ia juga pecipta karya seni yang luar
biasa. Permainan anak seperti Jelungan, Jamuran, lir-ilir dan cublak suweng
disebut sebagai kreasi Sunan Giri. Demikian pula Gending Asmaradana dan Pucung
-lagi berperbezaan Jawa namun syarat dengan ajaran Islam.
5.Sunan
Gunung Jati
Banyak kisah
tidak masuk akal yang dikaitkan dengan Sunan Gunung Jati. Diantaranya adalah
bahawa ia pernah mengalami perjalanan spiritual seperti Isra' Mi'raj, lalu
bertemu Rasulullah SAW, bertemu Nabi Khidir, dan menerima wasiat Nabi Sulaeman.
(Babad Cirebon Naskah Klayan hal.xxii).
Semua itu hanya
mengisyaratkan kekaguman masyarakat masa itu pada Sunan Gunung Jati. Sunan
Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah diperkirakan lahir sekitar tahun 1448 M.
Ibunya adalah Nyai Rara Santang, puteri dari raja Pajajaran Raden Manah Rarasa.
Sedangkan ayahnya adalah Sultan Syarif Abdullah Maulana Huda, pembesar Mesir
keturunan Bani Hasyim dari Palestina.
Syarif Hidayatullah
mendalami ilmu agama sejak berusia 14 tahun dari para ulama Mesir. Ia sempat
berkelana ke berbagai negara. Menyusul berdirinya Kesultanan Bintoro Demak, dan
atas restu kalangan ulama lain, ia mendirikan Kasultanan Cirebon yang juga
dikenal sebagai Kasultanan Pakungwati.
Dengan demikian,
Sunan Gunung Jati adalah satu-satunya "wali songo" yang memimpin
pemerintahan. Sunan Gunung Jati memanfaatkan pengaruhnya sebagai putra Raja
Pajajaran untuk menyebarkan Islam dari pesisir Cirebon ke pedalaman Pasundan
atau Priangan.
Dalam berdakwah,
ia menganut kecenderungan Timur Tengah yang mudah. Namun ia juga mendekati
rakyat dengan membangun infrastruktur berupa jalan-jalan yang menghubungkan
antar wilayah.
Bersama putranya,
Maulana Hasanuddin, Sunan Gunung Jati juga melakukan ekspedisi ke Banten.
Penguasa setempat, Pucuk Umum, menyerahkan sukarela penguasaan wilayah Banten
tersebut yang kemudian menjadi cikal bakal Kesultanan Banten.
Pada usia 89
tahun, Sunan Gunung Jati mundur dari jabatannya untuk hanya menekuni dakwah.
Kekuasaan itu diserahkannya kepada Pangeran Pasarean. Pada tahun 1568 M, Sunan
Gunung Jati wafat dalam usia 120 tahun, di Cirebon (dulu Carbon). Ia dimakamkan
di daerah Gunung Sembung, Gunung Jati, sekitar 15 kilometer sebelum kota
Cirebon dari arah barat.
6.Sunan
Kalijaga
Dialah
"wali" yang namanya paling banyak disebut masyarakat Jawa. Ia lahir
sekitar tahun 1450 Masehi. Ayahnya adalah Arya Wilatikta, Adipati Tuban
-keturunan dari tokoh pemberontak Majapahit, Ronggolawe. Masa itu, Arya
Wilatikta diperkirakan telah menganut Islam.
Nama kecil Sunan
Kalijaga adalah Raden Said. Ia juga memiliki sejumlah nama panggilan seperti
Lokajaya,Syekh Malaya, Pangeran Tuban atau Raden Abdurrahman.Terdapat beragam
versi menyangkut asal-usul nama Kalijaga yang disandangnya.
Masyarakat
Cirebon berpendapat bahawa nama itu berasal dari dusun Kalijaga di Cirebon.
Sunan Kalijaga memang pernah tinggal di Cirebon dan bersahabat erat dengan
Sunan Gunung Jati. Kalangan Jawa mengaitkannya dengan kesukaan wali ini untuk
berendam ('kungkum') di sungai (kali) atau "jaga kali". Namun ada
yang menyebut istilah itu berasal dari bahasa Arab "qadli dzaqa" yang
menunjuk statusnya sebagai "penghulu suci" kesultanan.
Masa hidup Sunan
Kalijaga dianggarkan mencapai lebih dari 100 tahun. Dengan demikian ia
mengalami masa akhir kekuasaan Majapahit (berakhir 1478), Kesultanan Demak,
Kesultanan Cirebon dan Banten, bahkan juga Kerajaan Pajang yang lahir pada 1546
serta awal kehadiran Kerajaan Mataram dibawah pimpinan Panembahan Senopati. Ia
ikut pula merancang pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak.
Tiang "tatal" (pecahan kayu) yang merupakan salah satu dari tiang
utama masjid adalah kreasi Sunan Kalijaga.
Dalam dakwah, ia
punya pola yang sama dengan mentor sekaligus sahabat dekatnya, Sunan Bonang. faham
keagamaannya cenderung "sufistik berbasis salaf" -bukan sufi
panteistik (pemujaan semata). Ia juga memilih kesenian dan kebudayaan sebagai
sarana untuk berdakwah.
Ia sangat toleran
pada budaya tempatan. Ia berpendapat bahawa masyarakat akan menjauh jika
diserang pendiriannya. Maka mereka harus didekati secara bertahap: mengikuti
sambil mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan jika Islam sudah dipahami,
dengan sendirinya kebiasaan lama hilang.
Maka ajaran Sunan
Kalijaga terkesan sinkretis dalam mengenalkan Islam. Ia menggunakan seni ukir,
wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai sarana dakwah. Dialah pencipta
Baju takwa, perayaan sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, lakon wayang
Petruk Jadi Raja. Lanskap pusat kota berupa Kraton, alun-alun dengan dua
beringin serta masjid diyakini sebagai karya Sunan Kalijaga.
Cara dakwah
tersebut sangat efektif. Sebahagian besar adipati di Jawa memeluk Islam melalui
Sunan Kalijaga. Di antaranya adalah Adipati Padanaran, Kartasura, Kebumen,
Banyumas, serta Pajang (sekarang Kotagede - Yogya). Sunan Kalijaga dimakamkan
di Kadilangu -selatan Demak
7.Sunan Kudus
Nama kecilnya
Jaffar Shadiq. Ia putra pasangan Sunan Ngudung dan Syarifah (adik Sunan
Bonang), anak Nyi Ageng Maloka. Disebutkan bahawa Sunan Ngudung adalah salah
seorang putra Sultan di Mesir yang berkelana hingga di Jawa. Di Kesultanan
Demak, ia pun diangkat menjadi Panglima Perang.
Sunan Kudus
banyak berguru pada Sunan Kalijaga. Kemudian ia berkelana ke berbagai daerah
tandus di Jawa Tengah seperti Sragen, Simo hingga Gunung Kidul. Cara
berdakwahnya pun meniru pendekatan Sunan Kalijaga: sangat toleran pada budaya
setempat. Cara penyampaiannya bahkan lebih halus. Itu sebabnya para wali --yang
kesulitan mencari pendakwah ke Kudus yang majoriti masyarakatnya pemeluk
teguh-menunjuknya.
Cara Sunan Kudus
mendekati masyarakat Kudus adalah dengan memanfaatkan simbol-simbol Hindu dan
Budha. Hal itu terlihat dari arsitektur masjid Kudus. Bentuk menara, gerbang
dan pancuran/padasan wudhu yang melambangkan delapan jalan Budha. Sebuah wujud
kompromi yang dilakukan Sunan Kudus.
Suatu waktu, ia
memancing masyarakat untuk pergi ke masjid mendengarkan tabligh-nya. Untuk itu,
ia sengaja menambatkan kerbaunyayang diberi nama Kebo Gumarang di halaman
masjid. Orang-orang Hindu yang mengagungkan sapi, menjadi simpati. Apalagi
setelah mereka mendengar penjelasan Sunan Kudus tentang surat Al Baqarah yang
bererti "sapi betina". Sampai sekarang, sebahagian masyarakat
tradisional Kudus, masih menolak untuk menyembelih sapi.
Sunan Kudus juga
menggubah cerita-cerita ketauhidan. Kisah tersebut disusunnya secara berseri,
sehingga masyarakat tertarik untuk mengikuti kelanjutannya. Sebuah pendekatan
yang tampaknya mengadopsi cerita 1001 malam dari masa kekhalifahan Abbasiyah.
Dengan begitulah Sunan Kudus mengikat masyarakatnya.
Bukan hanya
berdakwah seperti itu yang dilakukan Sunan Kudus. Sebagaimana ayahnya, ia juga
pernah menjadi Panglima Perang Kesultanan Demak. Ia ikut bertempur saat Demak,
di bawah kepemimpinan Sultan Prawata, bertempur melawan Adipati Jipang, Arya
Penangsang.
8.Maulana Malik Ibrahim
(Wafat 1419)
Maulana Malik
Ibrahim, atau Makdum Ibrahim As-Samarkandy diperkirakan lahir di Samarkand,
Asia Tengah, pada paruh awal abad 14. Babad Tanah Jawi versi Meinsma
menyebutnya Asmarakandi, mengikuti pengucapan lidah Jawa terhadap
As-Samarkandy, berubah menjadi Asmarakandi.
Maulana Malik
Ibrahim kadang juga disebut sebagai Syekh Magribi. Sebahagian rakyat malah
menyebutnya Kakek Bantal. Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di
Samudra Pasai, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Ibrahim dan Ishak
adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro, yang
menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10
dari Syayidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw.
Maulana Malik
Ibrahim pernah bermukim di Campa, sekarang Kamboja, selama tiga belas tahun
sejak tahun 1379. Ia malah menikahi puteri raja, yang memberinya dua putra.
Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Sayid Ali Murtadha
alias Raden Santri. Merasa cukup menjalankan misi dakwah di negeri itu, tahun
1392 M Maulana Malik Ibrahim hijrah ke Pulau Jawa meninggalkan keluarganya.
Beberapa versi
menyatakan bahawa kedatangannya disertai beberapa orang. Daerah yang ditujunya
pertama kali yakni desa Sembalo, daerah yang masih berada dalam wilayah
kekuasaan Majapahit. Desa Sembalo sekarang, adalah daerah Leran kecamatan
Manyar, 9 kilometer utara kota Gresik.
Aktiviti pertama
yang dilakukannya ketika itu adalah berdagang dengan cara membuka warung.
Warung itu menyediakan keperluan pokok dengan harga murah. Selain itu secara
khusus Malik Ibrahim juga menyediakan diri untuk mengubati masyarakat secara
gratis. Sebagai tabib, khabarnya, ia pernah diundang untuk mengubati isteri
raja yang berasal dari Campa. Besar kemungkinan permaisuri tersebut masih
kerabat isterinya.
Kakek Bantal juga
mengajarkan cara-cara baru bercucuk tanam. Ia merangkul masyarakat bawah -kasta
yang disisihkan dalam Hindu. Maka sempurnalah misi pertamanya, iaitu mencari
tempat di hati masyarakat sekitar yang ketika itu tengah dilanda krisis ekonomi
dan perang saudara. Selesai membangun dan menata pondokan tempat belajar agama
di Leran, tahun 1419 M Maulana Malik Ibrahim wafat. Makamnya kini terdapat di
kampung Gapura, Gresik, Jawa Timur.
9.Sunan Muria
Ia putera Dewi
Saroh --adik kandung Sunan Giri sekaligus anak Syekh Maulana Ishak, dengan
Sunan Kalijaga. Nama kecilnya adalah Raden Prawoto. Nama Muria diambil dari
tempat tinggal terakhirnya di lereng Gunung Muria, 18 kilometer ke utara kota
Kudus.
Gaya berdakwahnya
banyak mengambil cara ayahnya, Sunan Kalijaga. Namun berbeza dengan sang ayah,
Sunan Muria lebih suka tinggal di daerah sangat terpencil dan jauh dari pusat
kota untuk menyebarkan agama Islam. Bergaul dengan rakyat jelata, sambil
mengajarkan keterampilan-keterampilan bercucuk tanam, berdagang dan melaut
adalah kesukaannya.
Sunan Muria
seringkali dijadikan pula sebagai penengah dalam konflik internal di Kesultanan
Demak (1518-1530), Ia dikenal sebagai peribadi yang mampu memecahkan berbagai
masalah betapapun rumitnya masalah itu. Solusi pemecahannya pun selalu dapat
diterima oleh semua pihak yang berseteru. Sunan Muria berdakwah dari Jepara,
Tayu, Juana hingga sekitar Kudus dan Pati. Salah satu hasil dakwahnya lewat
seni adalah lagu Sinom dan Kinanti.
Kesimpulan:
"Walisongo"
bererti sembilan orang wali. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang,
Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, serta Sunan Gunung
Jati. Mereka tidak hidup pada saat yang persis bersamaan. Namun satu
sama lain mempunyai keterkaitan erat, bila tidak dalam ikatan darah juga dalam
hubungan guru-murid.
Maulana Malik
Ibrahim adalah yang tertua. Sunan Ampel adalah anak Maulana Malik Ibrahim.
Sunan Giri adalah keponakan Maulana Malik Ibrahim yang bererti juga sepupu
Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak Sunan Ampel. Sunan
Kalijaga merupakan sahabat sekaligus murid Sunan Bonang. Sunan Muria anak Sunan
Kalijaga. Sunan Kudus murid Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat
para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yang lebih dahulu meninggal.
Mereka tinggal di
pantai utara Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16, di tiga wilayah
penting. Yakni Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di
Jawa Tengah, serta Cirebon di Jawa Barat. Mereka adalah para intelektual yang
menjadi pembaharu masyarakat pada masanya. Mereka mengenalkan berbagai bentuk
peradaban baru: mulai dari kesihatan, bercucuk tanam, niaga, kebudayaan dan
kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan.
Pesantren Ampel
Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari
Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri
dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama, namun juga pemimpin pemerintahan.
Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah pencipta karya seni yang
pengaruhnya masih terasa hingga sekarang. Sedangkan Sunan Muria adalah
pendamping sejati kaum jelata.
Era Walisongo
adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk
digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di
Indonesia. Khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperanan.
Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa,
juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara
langsung, membuat "sembilan wali" ini lebih banyak disebut dibanding
yang lain.
Masing-masing
tokoh tersebut mempunyai peranan yang unik dalam penyebaran Islam. Mulai dari
Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi
Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai
"paus dari Timur" hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian
dengan menggunakan perbezaan yang dapat dipahami masyarakat Jawa -yakni
perbezaan Hindu dan Budha.
MENGINGATI MATI
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
Jumhur ulama telah mengkaji sebanyak 145 kali bilangan perkataan mati dan hidup di sebut dalam Al-Quran. Dan percayalah bahawa mati itu adalah satu kiamat kecil dan Rasulullah sendiri tidak mengetahui akan bila kematiannya. Mati itu adalah perpisahan roh dan jasad kita buat sementara waktu, dan ia akan bersatu semula dengan iazin yang maha esa satu hari nanti di akhirat.
Pernah diceritakan kisah nabi Ibrahim di mana baginda menceritakan akan perihal sakitnya sakaratul maut (mati). Baginda memberi tahu bahawa”sakitnya mati saat roh hendak keluar daripada badan sakitnya seperti kambing yang disiat-siat kulitnya.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W pula, baginda memberitahu keadaan sakitnya mati jika hendak di ukur kesakitannya adalah seperti 300 tetakan pedang yang tajam.begitulah sakitnya mati.
KELEBIHAN ORANG MENGINGATI MATI.
Mereka yang cerdik nabi kata adalah orang yang banyak mengingati mati dan mereka akan membuat persediaan untuk menghadapi mati dengan memperbanyakkan amalan soleh. Dan Rasulullah memberitahu lagi bahawa mereka yang zuhud pada dunia dan mereka tidak akan mencintai dunia.
Orang yang mengingati mati akan sentiasa bertaubat pada Allah setiap hari kerana tidak tahu bila malaikat mencabut nyawa dari badan. Kata imam Al-Ghazali pula orang yang kenal diri akan kenal Allah(penciptanya) dengan mengingati mati akan membawa ketenangan diri.
PENYAKIT WAHAN
Penyakit ini di beritahu Rasulullah adalah penyakit cinta dunia dan benci pada kematian. Mereka yang cintakan dunia dapat dilihat bila diceritakan tentang kematian mereka tidak suka. Sedangkan nabi S.A.W ingatkan kita agar mengingati mati, “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang boleh menghapuskan kelazatan hidup iaitu mati”. Penyakit wahan ini adalah penyakit yang membinasakan seseorang.
Sabda Nabi S.A.W dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam. Yakni tempat kita mengumpul amalan-amalan dan bekalan untuk kita ke alam yang kekal abadi yakni akhirat. Semua yang ada di dunia adalah dilaknat oleh Allah kecuali orang yang sentiasa mengingati Allah.
Allah Berfirman bermaksud :
“ Allah memegang jiwa ( orang ) ketika matinya dan memegang jiwa ( orang ) yang belum mati di waktu tidurnya, maka dia tahanlah jiwa yang yang telah dia tetapkan kematiannya itu dan dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.
Semua orang takut nak mati, tp bagi orang yang merindui untuk bertemu Allah penciptanya, sentiasa menanti-nantikan detik kematian ibarat, sepasang kekasih yang sedang bercinta tidak sabar –sabar untuk pergi bertemu pasangannya setelah sekian lama tidak bertemu.
Setelah kita tahu definisi MATI tu, ape persediaan yang nak kita lakukan ? Contohnya macam nilah, kita tahu next week nak final exam atau test ka, interview ka, ape persediaan yang perlu kita buat sebelum pergi tu. Ha, Macam tu jugaklah bila kita tau mati tu akan terjadi ( Cuma x tau bila ) ape persediaan yang kita lakukan untuk menghadapi mati tu.
Dalam buku ni menyenaraikan persediaan di akhir kematian, masyaAllah seolah-olah aku memang nak mati dah ( tp memang itu kepastian yang akan berlaku wahai saudaraku sekalian )
Allah berfirman bermaksud :
“ Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
Sebahagian ulama berkata : Barang siapa yang banyak mengingati mati, maka ia akan mengutamakan 3 perkara iaitu :
1. SEGERA BERTAUBAT
2. BERHATI TENANG
3. RAJIN BERIBADAH
Tetapi barang siapa yang melupakan mati, ia akan menderita 3 perkara :
1. MENUNDA-NUNDA TAUBAT
2. TIDAK RELA HIDUP SENANG
3. MALAS BERIBADAH
Yang mana satukah persediaan kita untuk menghadapi mati? Mudah je saudara sekalian, Ingat mati atau lupakan mati ??? ( masing – masing boleh tanya pada diri sendiri adakah mati itu pernah terlintas di fikiran atau tidak pernah langsung)
Kita hendaklah berusaha memperbaiki diri dan beramal untuk menghadapi masa sesudah mati. Anatara perbuatan yang dapat menolong seseorang untuk mengingati mati dan beramal untuk menyambut masa sesudahnya itu ialah ziarah kubur, memandikan mayat dan menyembahyangkan jenazah
Dari Abu Zar ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda
Berziarahlah ke kubur, kerana ia dapat menolong seseorang untuk mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikanlah orang mati, kerana mengurus jasad orang mati merupakan nasihat yang mendalam. Dan sembahyangkanlah jenazah kerana mudah-mudahan dapat meruntuhkan hatimu ( menyedihkan ) kerana orang yang bersedih dibawah naungan Allah, bererti menghadapi segala kebajikan
Orang yang lalai akan dunia maka dia akan lupa akan akhirat.kejayaan dunia itu pertama tapi kejayaan akhirat itu yang sebenar.
Pernah nabi tidur hanya beralasakn pelepah tamar. Ini menunjukkan nabi S.A.W mengintai mati, subahanallah kekasih Allah sendiri mengutamakan akhirat lebih hebat dari kita sekarang. Melihat akan keadaan Nabi ketika itu Umar menitis air mata lalu berkata “ya Muhammad bukankah engkau seperti Qisrar dan Qaisar di Rom dan Parsi?? Mereka hebat dengan kekayaan dan kekuatan mereka. Lalu baginda Menjawab dengan lemah lembut “ berbahagialah mereka dengan dunia mereka dan berbahagialah kita dengan akhirat kita”
MENGINGATI MATI 2
Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhir lah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.
Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib, kelahiran dan kematian; rezeki; amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang termetri di luh mahfuz. Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas.
Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam. Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat.
Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal soleh, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri.
Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya".
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Saat itu penilaian terhadap diri bermula tetapi penyesalan tak merubah apa pun, hanya kesedaran betapa ruginya meremehkan nilai sesuatu amal hatta bersedekah dengan sepotong kurma yang boleh menyelamatkan dari api neraka. Pada masa itu akan terkenang kita peluang yang tak direbut, saat leka dengan hiburan, kemalasan dan menunda ibadat yang menjadi kebiasaan.
Maka menangislah mata-mata yang tak pernah menangis (kerana takut pada Allah) dan ketakutan hati-hati yang tak pernah takut. Menggigil sekujur badan yang akan menanggung salah lakunya sendiri. Tidak pernah dalam satu hari pun kecuali pada hari itu ia berasa begitu menyesal dan berputus asa dengan keadaannya, malangnya peluang kedua sudah tiada lagi.
Sebelum kedatangan maut, adakah kita mempunyai impian pada saat akhir kehidupan seperti merancang untuk menikmati kematian dengan tenteram, meninggalkan orang tersayang dengan reda dan paling penting kerinduan untuk bertemu Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, sesungguhnya Allah pun tidak suka bertemu dengannya".
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pertemuan itu adalah pertemuan paling istimewa dengan panggilan istimewa "nafsul- muthmainnah" (jiwa yang tenang) dan ajakan yang mulia (kembalilah kepada Rabbmu) bahkan pelawaan yang amat berharga (masuklah ke dalam syurga-Ku). (Surah al-Fajr)
Itulah impian hamba Allah mengenai kematian kerana bagi mereka bahagia bukan hanya ketika masih hidup bahkan di saat akhir pun mesti dilalui dengan perasaan bahagia dan reda. Betapa ruginya mereka yang terperosok masuk ke dalam lubang yang digali syaitan padahal perjalanan panjang yang dilalui sebelum ini dapat dengan mudah dilaluinya tetapi di penghujung jalan mereka terperangkap.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Oleh itu marilah kita bersama-sama menilai diri dan amal mudah-mudahan kita akan melalui kematian dengan cara yang amat indah sekali dek kerana telah ada persediaan rapi, amal yang cukup, sebutan dan kenangan yang baik kerana impian kita semua adalah husnul khatimah.
Tujuan Allah SWT mematikan manusia:
- Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri;
- Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika;
- Menyedarkan manusia daripada lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah-ruah;
- Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dengan menjauhi kejahatan;
- Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja sedangkan kehidupan di akhirat adalah yang lebih baik dan abadi.
Selasa, 1 Januari 2013
KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
1. PENGENALAN
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik and Kewarganegaraan KBSR/KBSM memberi cabaran dan peluang kepada para pendidik untuk melahirkan warganegara Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab supaya mereka sanggup dan boleh memberi sumbangan yang berkesan dalam pembangunan dan kesejahteraan negara dan global. Selain daripada itu, dalam abad 21 ini, perubahan dan kompleksiti yang sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global telah menambah cabaran kepada para pendidik untuk mendidik murid menjadi warganegara Malaysia yang berkesan serta menjadikan wawasan negara kita sesuatu realiti.
Sehubungan dengan itu, pendekatan dalam Pendidikan Sivik and Kewarganegaraan (PSK) KBSR/KBSM seharusnya menggalakkan murid menyertai secara aktif dan interaktif dalam proses pembelajaran. Pendekatan penyertaaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK ini akan memberi peluang kepada murid mengalami dan melibatkan diri dalam proses memperolehi pengetahuan, kemahiran serta nilai sivik dan kewarganegaraan. Dalam kata lain, dengan menggunakan pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK, guru seharuslah kurang bercakap dan bertanya. Sebaliknya, murid akan diberi peluang untuk bertanya, berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dalam memberi dan berkongsi pendapat dan idea untuk memahami dan mengkaji peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia yang patriotrik dan tanggungjawab.
Berlandaskan kepada kepentingan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, maka pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK akan melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti yang berikut:
(1) Pembelajaran aktif
(2) Pembelajaran koperatif
(3) Pembelajaran penyelesaiaan masalah
(4) Pembelajaran mesra budaya dan
(5) Pembelajaran berkhidmat
2. PEMBELAJARAN AKTIF
Pembelajaran aktif dalam PSK akan membolehkan murid memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli yang berkesan dalam pelbagai kumpulan sosial (keluarga, sekolah, rakan, komuniti tempatan, agama, negara dan global) sama ada pada masa kini atau masa depan. Ini adalah kerana pembelajaran aktif melibatkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran hands on dan minds-on dan bukanlah secara pasif atau flat. Melalui pembelajaran yang bermakna sebegini, murid akan diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran dan nilai serta mengaplikasikan pengetahuan sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan hariannya.
Untuk mengaplikasikan pembelajaran aktif dalam PSK, aktiviti pembelajaran yang memfokuskan murid seharusnya mencabar, menarik dan relevan supaya murid dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran yang diperolehi daripada sesuatu aktiviti kepada suasana pembelajaran yang lain. Dalam kata lain, melalui aktiviti pembelajaran yang aktif murid dapat mempelajari sesuatu yang bermakna kerana mereka akan diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
Terdapatnya pelbagai aktiviti pembelajaran aktif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Antaranya ialah:
• Perbincangan atau kerja kumpulan kecil seperti buzzing, sumbang saran, main peranan, simulasi, debat dan forum.
• Aktiviti pembelajaran koperatif berkumpulan seperti berfikir-berpasangan-berkongsi, permainan,main peranan, peer tutoring dan jigsaw.
• Aktiviti pembelajaran siber. Contohnya, seperti mencari maklumat melalui internet, membina laman web atau bertukar pendapat melalui emel dengan murid dari sekolah lain sama ada dalam atau luar negeri.
• Demonstrasi sama ada oleh guru atau murid seperti cara penampilan diri dalam menjaga maruah diri (KBSR Tahun 4) dan cara menolak pelawaan rakan untuk melakukan sesuatu yang negatif (KBSM Tingkatan 1)
• Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri seperti mengadakan pertunjukan pakaian tradisional (KBSR Tahun 4) atau pertandingan bercerita “cerita rakyat” Malaysia (KBSM TIngkatan 1)
• Pembelajaran refleksi kendiri seperti menyimpan jurnal dan diari mengenai cita-cita diri (KBSR Tahun 4) atau perasaan mengenai peristiwa yang lalu yang berkaitan dengan hubungan murid dengan rakan atau ahli keluarga yang lain (KBSM Tingkatan 1)
3. PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF
Pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana murid akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif adalah penting dalam PSK kerana melalui proses pembelajaran berkumpulan mereka akan dapat memahami kepentingan saling membantu di tempat kerja atau keluarga untuk mencapai kejayaan kumpulan.
Pembelajaran secara koperatif dalam PSK mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktivti pembelajaran tradisional di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut:
Jadual: Perbandingan antara pembelajaran berkumpulan secara koperatif dengan pembelajaran berkumpulan yang tradisional
Pembelajaran Berkumpulan Secara Koperatif
-Saling pengantungan positif
- Akauntabiliti individu
-Kumpulan yang heterogenous
-Bersama-sama memimpin
-Bersama-sama bertanggungjawab
-Penekanan kepada tugas dan proses
-Kemahiran sosial diajar secara langsung
-Guru memerhati dan membimbing
-Kumpulan menilai keberkesanan kendiri
Pembelajaran Berkumpulan Secara Tradisional
-Tidak ada saling pengantungan positif
-Tidak ada akauntabiliti individu
-Kumpulan yang homogenous
-Seorang pemimpin sahaja yang dilantik
-Bertanggungjawab terhadap diri sahaja
-Penekanan kepada tugas
-Kemahiran sosial diajar secara implisit dan kadang kala diketepikan
-Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan
-Tidak ada proses berkumpulan
(Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999. Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon)
Berlandaskan kepada ciri-ciri pembelajaran berkumpulan secara koperatif, maka boleh dikatakan bahawa matlamat PSK dalam melahirkan warga negara yang bersatu padu dan erat antara anggota masyarakat yang berbilang kaum boleh dicapai melalui pembelajaran koperatif dalam kelas PSK. Contohnya, semasa berinteraski dalam kumpulan yang heterogenous, murid akan lebih peka terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya akan mewujudkan persefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan akan dapat ditangani dengan cara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya.
Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran koperatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah:
• berfikir-berpasangan-berkongsi seperti kekuatan diri (KBSR Tahun 4) atau cara membantu anggota keluarga di rumah (KBSM Tingkatan 1)
• permainan
• main peranan
• projek
• peer tutoring
• jigsaw dan
• aktiviti pembelajaran siber
4. PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH
Tidak dapat dinafikan bahawa murid akan menjadi pemimpin masa depan dalam merealisisikan wawasan negara kita. Dalam era globalisasi pada abad 21 ini, di mana perubahan dan kompleksiti sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global, mereka akan menghadapi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan masalah, sama peribadi atau sosial. Ini bermaksud bahawa perkembangan kewarganegaraan dan sivik memerlukan murid mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menangani cabaran dan masalah ke arah pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.
Untuk membimbing murid dalam pembelajaran penyelesaian masalah, maka pentingnya masalah yang akan diselesaikan adalah relevan kepada diri murid sendiri dan persekitarannya. Ini adalah kerana masalah yang akan dikaji dan keputusan yang diambil akan menjadi lebih bermakna dan boleh dipertimbangkan atau diaplikasikan dalam kehidupannya sebagai warga negara Malaysia atau global.
Secara amnya, pembelajaran penyelesaian masalah dalam PSK akan melibatkan murid sendiri mencari jawapan kepada sesuatu soalan mengenai peranan dan tanggungjawab diri dalam perkembangan sivik dan kewarganegaraan melalui proses inkuiri yang berikut:
Jadual: Proses inkuiri dalam pembelajaran penyelesaian masalah
1. Mengenalpasti dan menghuraikan sesuatu masalah
2. Menentukan pelbagai alternatif atau pilihan serta rintangan masalah dari segi fakta, pandangan dan perasaan watak yang terlibat
3. Memilih stategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah seperti teknik awan, sebab dan akibat, dan konflik resolusi
4. Menguji keputusan tentatif yang dipilih dengan mengumpul dan menilai maklumat yang relevan dengan masalah
5. Membuat keputusan muktamad atau mengubahsuaikan langkah atau strategi yang telah diambil, jika perlu.
Pembelajaran penyelesaian masalah secara aktif dalam PSK akan menjadikan asas kepada murid untuk memahami dan menangani perubahan yang berlaku di dalam kehidupan dan persekitarannya dengan bertanggungjawab dan berkesan sebagai warganegara Malaysia.
Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah:
• perbincangan berkumpulan
• main peranan
• penyoalan
• debat,
• panel juri
• perundingan roundtable
• peta minda atau penyusunan grafik
5. PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA
Adalah sesuatu realiti bahawa masyarakat Malaysia mempunyai kepelbagaian di kalangan anggota masyarakatnya seperti dari segi bahasa, ethnik/kaum, agama/kepercayaan, fizikal, gender, bakat dan kebolehan. Kepelbagaian di kalangan anggota masyarakat inilah yang menjadi kekuatan dan cabaran bagi setiap warga negara Malaysia untuk hidup bersama secara bersatu padu ke arah kesejahteraan keluarga, komuniti dan masyarakat.
Walaupun terdapatnya kepelbagaian dalam masyarakat, setiap warga negara Malaysia mempunyai persamaan yang boleh dianggapkan sebagai identiti warga negara Malaysia. Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran PSK iaitu bagaimana mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagiaan budaya di kalangan anggota masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama menyumbangkan kepada pengembangan identiti warga negara Malaysia yang unik.
Berlandaskan kepada kepentingan memahami dan mengapresiasi kepelbagaian dalam masyarakat dan mewujudkan identiti warga negara Malaysia yang unik, maka agar pentingnya pembelajaran mesra budaya ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Pembelajaran mesra budaya akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan memahami pandangan dan perasaan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya yang lain. Melalui proses pembelajaran mesra sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya dengan mengikiskan segala prasangka dan salah tanggapan terhadap sesuatu budaya anggota atau kumpulan masyarakat yang lain.
Pengalaman pembelajaran budaya mesra akan mengembangkan nilai sivik yang penting dalam memelihara hidup secara harmonis dan aman dalam masyarakat kita dan secara global seperti nilai hormat-menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang serta nilai patriotik. Untuk mengembangkan pembelajaran budaya mesra, seorang guru PSK seharusnya berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang boleh menggalakkan interaksi dan integrasi yang positif di kalangan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pendek kata, usaha untuk mengintegrasikan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya harus diamalkan oleh seorang guru PSK sama di dalam atau luar bilik darjah.
Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran budaya mesra yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah:
• Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri seperti menyedia bahan mengenai “Kenali Malaysia” (Tahun 4 KBSR) atau kempen kesedaran sivik di peringkat sekolah (Tingkatan 1 KBSM)
• Sesi dialog seperti dengan pekerja atau pentadbir sekolah mengenai cara membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR) atau dengan pihak polis mengenai tingkah laku anti sosial dan agresif dan cara mengatasinya (Tingkatan 1 KBSM)
• Perbincangan
• Menonton filem/video yang berkaitan dengan cara memasak makanan tradisional pelbagai kaum (Tahun 4 KBSR) atau sejarah sekolah (Tingkatan 1 KBSM)
• Drama
• Lawatan
6. PEMBELAJARAN BERKHIDMAT
Pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK melibatkan pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah. Melalui penyertaan secara aktif dalam sesuatu projek komuniti, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah, komuniti, negara dan global.
Melalui pembelajaran berkhidmat ini, murid akan mengambil tanggungjawab dan kepemimpinan dalam melakukan sesuatu perkhidmatan sivik kepada masyarakat. Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan kewarganegaraan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Pendek kata, melalui pembelajaran berkhidmat, murid akan mempelajari secara aktif and interaktif bagaimana menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan ke arah kesejahteraan masyarakat.
Namun begitu, pembelajaran berkhidmat memerlukan sokongan dan penglibatan ibu bapa serta komuniti tempatan. Oleh sedemikian, maka guru PSK atau pihak sekolah perlu mewujudkan sesuatu partnership atau kolaborasi dengan agensi-agensi komuniti tempatan supaya memudahkan murid berhubungi dengan mereka mengenai perkhidmatan komuniti,
Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran berkhidmat yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK yang boleh dikategorikan seperti berikut:
• berkhidmat secara langsung kepada sesiapa yang memerlukannya seperti membantu pekerja sekolah membersihkan taman sekolah (Tahun 4 KBSR) atau menghiburkan penghuni di rumah orang tua (Tingkatan 1 KBSM
• berkhidmat secara tidak langsung kepada sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan seperti mengutip derma bagi mangsa bencana alam dan kemudian menyerahkannya kepada akhbar tempatan yang menguruskan kutipan tersebut (Tahun 4 KBSR dan Tingkatan 1 KBSM)
• tindakan advocacy atau affirmative dengan mengemukakan cadangan atau kempen mengenai sesuatu masalah sosial kepada pihak-pihak tertentu seperti menulis cadangan kepada pihak sekolah bagaimana membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR) atau menulis surat kepada pengurusan pusat membeli-belah tempatan supaya menyediakan kemudahan awam yang sesuai untuk golongan kurang bernasib baik (Tingkatan 1 KBSM)
7. KESIMPULAN
Pendekatan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR/KBSM melibatkan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam proses mempelajari bagaimana menjadi seorang warga negara yang bertanggungjawab dan berkesan. Melalui penyertaan yang aktif dan interaktif dalam pembelajaran ini, murid akan memahami dan mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan mereka dan seterusnya menjadikan wawasan negara sesuatu realiti.

Langgan:
Catatan (Atom)