Sabtu, 29 Disember 2012
Khamis, 27 Disember 2012
RAHSIA MAKRIFAT 13 : RAHSIANYA MENGENAL ZAT ALLAH DAN ZAT RASULULLAH
Ada pun makrifat itu rahsianya
ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah, oleh kerana itulah makrifat
dimulakan:-
1. Makrifat diri yang zahir.
2. Makrifat diri yang batin.
3. Makrifat Tuhan.
APA GUNA MAKRIFAT?
Ada pun guna makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal
yang Qadim dan mengenal yang baharu sebagaimana kata:
"AWALUDDIN MAKRIFATULLAH"
Ertinya: Awal ugama mengenal Allah.
Maksudnya mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu
serta dapat mengenal yang Qadim dan yang baharu,maka dapatlah membezakan
diantara Tuhan dengan hamba.
BAITULLAH KALBU MUKMININ
Sesungguhnya hati ini sewaktu bayi sehingga aqil baliq
diibaratkan bunga yang sedang menguntum, tidak ada seekor ulat atau kumbang
yang dapat menjelajah nya! apabila dewasa (aqil baliq) maka hati itu ibaratkan
bunga yang sedang mengembang,maka masuklah ulat dan kumbang menjelajah bunga
itu!
Sesungguhnya amalan makrifat dan zikir yang dibaiah itu
adalah untuk membersihkan hati agar dapat menguntum semula seperti hati
kanak-kanak yang suci-bersih!
Hati ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang
tertutup rapat dan dijaga dengan baik! sekiranya tutup itu tidak jaga dengan
baik atau tutupnya sudah rosak, maka masuklah semut hitam yang sememangnya gula
itu makanannya!
PEPERANGAN
Peperangan yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan
lain-lain peperangan ialah "Peperangan dalam diri sendiri (Hati)",
setiap saat denyut jantung ku ini, aku akan terus berperang.Sesungguhnya iblis
itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan anak Adam !Sekiranya aku tidak ada
bersenjata (zikir), nescaya aku pasti kecundang!Keluar masuk nafas anak Adam
adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk, sekiranya anak Adam
tidak bersenjata, pasti ia kecundang!
ASAL USUL MAKRIFAT
Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya
kepada
Saidina Ali Karamullah.
kepada
Imam Abu Hassan Basri.
kepada
Habib An Najmi.
kepada
Daud Attaie.
Maaruf Al Karhi
kepada
Sirris Sakatari.
kepada
Daud Assakatar.
kepada
Al Junidi.
Maka Al Junidi yang terkenal sebagai pengasas MAKRIFAT.Maka
pancaran makrifat itu dari empat sumber iaitu:
1. Pancaran daripada sumber SULUK
yang dinamakan
Makrifat Musyahadah.
2. Pancaran daripada sumber KHALUAT
yang dinamakan
Makrifat Insaniah.
3. Pancaran daripada Kinayah yang
dinamakan ROHANI.
4. Pancaran daripada Pertapaan
yang dinamakan JIRIM.
Maka dari sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi
dan mempunyai rahsia yang sulit.
API MA'RIFATULLAH
Dengan berlindung kepada Allah Swt, Pencetusan Api
Ma’rifattullah dalam kalimah “ALLAH” saya awali.
Syahdan, nama Allah itu tidak akan pernah dapat dihilangkan,
sebab nama Allah itu akan menjadikan Zikir bagi para Malaikat, Zikir para
burung, Zikir para binatang melata, Zikir tumbuh-tumbuhan dan Zikir dari Nasar
yang 4 (tanah, air, angin dan api) serta zikir segala makhluk yang ada pada 7
lapis langit dan 7 lapis bumi, juga zikir makhluk yang berdiam di antara langit
dan bumi. (buka…..Al-Qur’an, Surah At-thalaq, ayat 1).
Adapun zikir para makhluk Allah yang kami sebutkan tadi
tidaklah sama loghatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit
para ahli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi zikir
para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.
Dalam Kitab Taurat, nama Zat yang maha Esa itu ada 300
banyaknya yang ditulis menurut bahasa Taurat, dalam Kitab Zabur juga ada 300
banyaknya nama Zat yang maha esa itu yang ditulis dengan bahasa Zabur.
Dalam Kitab Injil juga ada 300 banyaknya nama Zat yang Esa
itu yang ditulis dengan bahasa Injil, dan dalam Kitab Al-Qur’an juga ada 99
nama Zat yang esa itu ditulis dalam bahasa Arab. Jika kita berhitung maka dari
keempat kitab itu yang ditulis berdasarkan versinya, maka akan ada 999 nama
bagi zat yang maha esa itu, dari jumlah tersebut maka yang 998 nama itu, adalah
nama dari Sifat Zat yang maha Esa, sedangkan nama dari pada Zat yang maha esa
itu hanya satu saja, iaitu “ ALLAH ”.
Diterangkan di dalam Kitab Fathurrahman, berbahasa Arab, iaitu
pada halaman 523. disebutkan bahawa nama Allah itu tertulis di dalam Al-Qur’an
sebanyak 2.696 tempat.
Apa kiranya hikmah yang dapat kita ambil mengapa begitu
banyak nama Allah, Zat yang maha Esa itu bagi kita…?
Allah, Zat yang maha esa, berpesan :
“ Wahai Hamba ku janganlah kamu sekalian lupa kepada namaku
“
Maksudnya : Allah itu namaku dan Zatku, dan tidak akan
pernah bercerai, Namaku dan Zatku itu satu.
Allah Swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para
nabi-nabinya, kemudian ditambah 4 kitab lagi sehingga jumlah keseluruhan kitab
yang telah diturunkan-Nya berjumlah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu
rahasianya terhimpun didalam Al-Qur’annul karim, dan rahasia Al-Qur’annul karim
itu pun rahasianya terletak pada kalimah “ALLAH”.
Begitu pula dengan kalimah La Ilaha Ilallah, jika ditulis
dalam bahasa arab ada 12 huruf, dan jika digugurkan 8 huruf pada awal kalimah
La Ilaha Ilallah, maka akan tertinggal 4 huruf saja, yaitu Allah.
Ma’na kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun
digugurkan satu persatu nilainya tidak akan pernah berkurang, bahkan akan
mengandung ma’na dan arti yang mendalam, dan mengandung rahasia penting bagi
kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt dalam
bentuk yang paling sempurna.
ALLAH jika diarabkan maka Ia akan berhuruf dasar Alif, Lam
diawal, Lam diakhir dan Ha. Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya
maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya.
• Gugurkan huruf pertamanya, yaitu huruf Alif (ا ), maka akan tersisa 3 huruf
saja dan bunyinya tidak Allah lagi tetapi akan berbunyi Lillah, artinya bagi
Allah, dari Allah, kepada Allahlah kembalinya segala makhluk.
• Gugurkan huruf keduanya, yaitu huruf Lam awal (ل ), maka akan tersisa 2 huruf
saja dan bunyinya tidak lillah lagi tetapi akan berbunyi Lahu.
Lahu Mafissamawati wal Ardi, artinya Bagi Allah segala apa
saja yang ada pada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.
• Gugurkan huruf ketiganya, yaitu huruf Lam akhir ( ل), maka akan tersisa 1 huruf
saja dan bunyinya tidak lahu lagi tetapi Hu, Huwal haiyul qayum, artinya Zat
Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.
Kalimah HU ringkasnya dari kalimah Huwa, sebenarnya setiap
kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya :
Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan
yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya
Zat.
Bagi sufi, napas kita yang keluar masuk semasa kita masih
hidup ini berisi amal bathin, yaitu HU, kembali napas turun di isi dengan
kalimah ALLAH, kebawah tiada berbatas dan keatas tiada terhingga.
Perhatikan beberapa pengguguran – pengguguran dibawah ini :
Ketahui pula oleh mu, jika pada kalimah ALLAH itu kita
gugurkan Lam (ل ) pertama
dan Lam (ل ) keduanya,
maka tinggallah dua huruf yang awal dan huruf yang akhir (dipangkal dan
diakhir), iaitu huruf Alif dan huruf Ha (dibaca AH).
Kalimah ini (AH) tidak dibaca lagi dengan nafas yang keluar
masuk dan tidak dibaca lagi dengan nafas ke atas atau ke bawah tetapi hanya
dibaca dengan titik.
Kalimah AH, jika dituliskan dengan huruf Arab, terdiri 2
huruf, ertinya dalam bahasa disebutkan INTAHA (Kesudahan dan keakhiran),
seandai saja kita berjalan mencari Allah tentu akan ada permulaannya dan
tentunya juga akan ada kesudahannya, akan tetapi kalau sudah sampai lafald
Zikir AH, maka sampailah perjalanan itu ketujuan yang dimaksudkan. (Silahkan
bertanya kepada akhlinya)
Selanjutnya gugurkan Huruf Awalnya, iaitu huruf ALIF dan
gugurkan huruf akhirnya, iaitu huruf HA, maka akan tersisa 2 buah huruf di
tengahnya iaitu huruf LAM pertama (Lam Alif) dan huruf LAM kedua ( La Nafiah).
Qaidah para sufi menyatakan tujuannya adalah Jika berkata LA (Tidak ada Tuhan),
ILLA (Ada Tuhan), Nafi mengandung Isbat, Isbat mengandung Nafi tiada bercerai
atau terpisah Nafi dan Isbat itu.
Selanjutnya gugurkan huruf LAM kedua dan huruf HU, maka yang
tertinggal juga dua huruf, iaitu huruf Alif dan huruf Lam yang pertama, kedua
huruf yang tertinggal itu dinamai Alif Lam La’tif dan kedua huruf itu
menunjukkan Zat Allah, maksudnya Ma’rifat yang sema’rifatnya dalam ertian yang
mendalam, bahawa kalimah Allah bukan NAKIRAH, kalimah Allah adalah Ma’rifat,
yakni Isyarat dari huruf Alif dan Lam yang pertama pada awal kalimah ALLAH.
Gugurkan tiga huruf sekali gus, iaitu huruf LAM pertama, LAM
kedua, dan HU maka tinggallah huruf yang paling tunggal dari segala yang
tunggal, iaitu huruf Alif (Alif tunggal yang berdiri sendirinya).
Berilah tanda pada huruf Alif yang tunggal itu dengan tanda
Atas, Bawah dan depan, maka akan berbunyi : A.I.U dan setiap berbunyi A maka difahamkan
Ada Zat Allah, begitu pula dengan bunyi I dan U, difahamkan Ada Zat Allah dan
jika semua bunyi itu (A.I.U) difahamkan Ada Zat Allah, bererti segala
bunyi/suara di dalam alam, baik itu yang terbit atau datangnya dari alam Nasar
yang empat (Tanah, Air, Angin dan Api) mahupun yang datangnya dan keluar dari
mulut makhluk Ada Zat Allah.
Penegasan nya bunyi atau suara yang datang dan terbit dari
apa saja kesemuanya itu berbunyi ALLAH, nama dari Zat yang maha Esa sedangkan
huruf Alif itulah dasar (asal) dari huruf Arab yang banyaknya ada 28 huruf.
Dengan demikian maka jika kita melihat huruf Alif maka
seakan-akan kita telah melihat 28 huruf yang ada. Lihat dan perhatikan sebuah
biji pada tumbuh-tumbuhan, dari biji itulah asal usul segala urat, batang,
daun, ranting, dahan dan buahnya.
Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.
Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak
kepada yang satu maka yang ada hanya satu saja yaitu satu Zat dan dari Zat
itulah datangnya Alam beserta isinya.
Al-Qur’an yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun
kedalam Suratul Fatekha, dan Suratul Fatekha itu akan terhimpun pada Basmallah,
dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun
pada titiknya (Nuktah). Jika kita tilik dengan jeli maka titik itulah yang akan
menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal
ia banyak.
Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan
maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu huruf
TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid ada lagi
satu huruf Alif.
Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahawa Tuhan itu
Ada, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat
Allah dan Zat Allah.
Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan
tinggal adalah kosong.
LA SAUTUN WALA HARFUN, ertinya tidak ada huruf dan tiada
suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan
Zat.
Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja
yang ada.
La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).
Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah,
seandainya juga belum dapat difahami maka tanyakan lah kepada ahlinya.
Rabu, 26 Disember 2012
Black & Malique - Teman Pengganti chords and lyric
Black & Malique - Teman Pengganti chords and lyric
Gm
Ketawa bersama
Cm
Menangis bersama
F
Ku bersumpah harap kita
Bb D
Mati pun bersama
Gm
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Cm
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
F
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Bb
Aku redha walau tidak ku damba
D
Walau hampa semuanya dah dijangka
Gm
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Cm
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
F
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Bb
Segalanya kan berubah
D
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Gm
Rahsia ini
Cm
Telah lama ku pendamkan
F
Tiba masanya
Segala-galanya
Bb D
Ku ceritakan
Gm
Aku kan pergi
Cm
Pergi ku tak akan kembali
F
Tiba masanya
Bb D
Kau cari teman pengganti
(repeated playing Gm Cm F Bb D till the end)
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Repeat (*)
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Selasa, 25 Disember 2012
BARANGAN PENINGGALAN RASULULLAH S.A.W
gambar-gambar ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …)
Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …
Bendera Rasululullah SAW
Dua helai rambut Rasulullah SAW
Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …
The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap mohor surat Nabi SAW)
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
Busur Panah Nabi SAW
Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Nabi.
Kotak gigi Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Najashi, Raja Habsyah
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
Makan Siti Aminah, ibu Rasululllah SAW
Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas
Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaranTauhid.
Kunci Ka’bah zaman Nabi Muhammad SAW
pintu makam rasulullah S.A.W
The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)
Tapak kaki Rasulullah SAW
Baju dan barang-barang Rasulullah SAW
serban rasulullah
Topi Besi Rasulullah SAW
moga kita sentiasa mengingati perjuangan baginda dalam menyebarkan agama ISLAM yang suci ini ... moga kita tergolong dalam kalangan mereka2 yang akan menerima syafaat baginda di akhirat kelak.. baginda sentiasa merindui umatnya yang tidak sempat melihat baginda, dan begitulah betapa sayangnya baginda terhadap umatnya. moga kita pun sentiasa merindui dan mengasihi maginda dan banyakkan salawat keatas baginda...
WANITA MANGSA JENAYAH ROGOL,BUNUH DAN SAMUN SERTA DLL
saban hari kita sering mendengar, melihat dan membaca di media-media massa akan masalah rogol,bunuh,rompak dan sebagainya, lebih menyedihkan ia berlaku keatas wanita-wanita yang lemah. penjenayah mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita-wanita ini bagi kepentingan diri dan nafsu mereka. bagaimana hendak melawan akan penjenayah yang bernafsukan bintang dan bertopengkan syaitan ini. dah banyak dah undang-undang yang pihak kerajaan buat untuk membenteras jenayah ini tidak kira denda, penjara ataupun gantung sampai mati, dan pihak berkuasa seperti polis juga telah di tempatkan dimana-mana sahaja, malah rondaan pn juga telah dibuat, namun masalah samun, rogol,bunuh ini masih juga berlaku malah semakin meningkat. penjenayah sekarang memang licik. persoalannya apakah tindakan yang perlu dialakukan oleh golongan Hawa mahupun Adam??? untuk mengatasi masalah ini dan melindungi diri dari menjadi mangsa manusia bernafsuka binatang ini??
jika mengharapkan pihak polis sudah semestinya agak sukar untuk membendung gejala ini. apa yang dilihat wanita sekarang bukan tidak tahu akan potensi diri mereka akan menjadi mangsa rogol, samun dan bunuh ini, namun mereka hanya membuat tidak tahu dan merasakan diri mereka akan selamat. namun siapa kita yang akan tahu takdir untuk kita akan datang. mungkin giliran kita pulak menjadi mangsa.. apakah persediaan yang kita ada??
sebagai kaum yang lemah dan lelaki pun sama harus mempelajari satu seni bela diri yang sesuai dengan agama dan budaya kita sendiri. sekurang-kurangnya seandainya diri kita diserang, seperti dirompak, dan dirogaol kita dapat mempertahankan diri. belajar silat itu tidak wajib tapi menjaga diri yang telah di amanahkan oleh ALLAH ini adalah WAJIB. maka apakah persediaan dan usaha kita?? jangan pula kita mati dibunuh dan rogol tanpa ada usaha mempertahankan diri. biarlah kita ada ilmu seni bela diri untuk mempertahankan diri kita daripada menjadi mangsa, mungkin dengan usaha kita itu ALLAH akan datangkan pertolongannya untuk meyelamatkan kita.
di MALAYSIA ini terdapat pelbgai jenis seni bela diri baik dalam negara mahupun dari luar negara. terpulang untuk kita memilih.. tapi sebagai orang melayu ataupun islam seeloknya kita pilihlah budaya datuk nenek kita iaitu SILAT. kerana dalam silat itu ada nya budaya sebgai identiti bangsa kita dan dalam silat itu juga adanya agama. tapi pilihlah juga silat yang tidak menyeleweng dan tidak ada unsur tahyul dan khurafat. takut kelak tersilap memilih susah pada diri. pilihlah silat yang sesuai dengan fitrah manusia dan sesuai dengan akidah dan syariat. bukan rugi belajar silat, tpi ia satu keuntungan kepada kita sendiri juga. sekurang-kurangnya andai ada orang hendak menceroboh diri kita, kita tahu bagaimana hendak berhadapan dengan mereka. jangan katakan wanita tidak sesuai belajar silat, ingat jagalah diri kita dari bahaya kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada kita akan datang, malang itu tidak berbau maka berjaga-jagalah dan buatlah persediaan secukupnya untuk menentang musuh2 kita.
bagai mana lagi kaum hawa hendak menjaga diri selain daripada mempelajari ilmu seni bela diri... dan seeloknya adalah SILAT bagi mereka yang beragama Islam. takkan hendak berharap pada polis yag setiap masa bukan dapat bersama kita. tapi andai belajar SILAT maka kita akan tahu apa perlu kita buat dan ia sudah ada dalam diri kita bila-bila masa sahaja boleh digunakan andai berhadapan masalah di luar sana ituah dinamakan USAHA jaga diri ..
Ahad, 16 Disember 2012
HARI INI DALAM SEJARAH -MAJLIS KONVOKESYEN PSSCM
Alhamdulillah setelah beberapa semester aku aktif dalam PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA , akhir nya aku telah mendapat Sekeping sijil yang sangat bernilai bagi setiap Ahli PSSCM....
pada tarikh keramat 15/12/2012 bersamaan 1 Safar 1434 (1/2/34) Hijrah aku dan rakan-rakan telah berjaya menerima sekeping sijil rendah silat cekak. yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas. moga ia satu titik permulaan untuk kami mengorak langkah lebih jauh dalam dunia persilatan melayu yang merupakan Warisan pusaka bangsa dan budaya bangsa kita yang telah bertapak sekian lama di tanah Melayu ini. seperti kata-kata Hang Tuah "takkan melayu hilang di dunia" .. kata-kata dari almarhum ustaz hj Hanafi Bin Ahmad .. "Sains Teknologi boleh kita kecapi namun budaya tetap hak milik kita"
Sejarah telah membuktikan Silat adalah budaya Melayu.. malah kegemilangannya telah bertapak sekian lama.. lihat sahaja pahlawan tanah air kita, Hang Tuah 5 bersaudara, Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Gajah, dan yang lainnya merupakan tokoh pahlawan negara yang besar jasanya kepada bangsa, agama dan negara. semua mereka mempunyai silat sebagai wasilah untuk mempertahankan diri.. mana usaha kita andai kita hendak menjaga diri?? apatah lagi hendak menjaga agama dan bangsa?? jawapannya kita orang melayu silatlah harus kita pelajari. mengapa pula budaya bangsa luar yang tidak tahu asal usulnya yang nyata. ini budaya bangsa, identiti pada bangsa dan negara kita..maka siapa lagi yang hendak mempertahankannya kalau tidak kita orang melayu yang beragama Islam..
Majlis Konvokesyen ini akan terus terpahat dalam hati ini sampai bila-bila... terima kasih kepada rakan-rakan sepejuangan ( AZIEM, AFIKAH, ATIQA, IEYRA, SYUHADA,FATIN, AZMA, SYIDA, HAMZAR, NAJMUDDIN, ) dan terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia kelas Abng NAIM dan tenaga-tenaga pengajar yang telah banyak membantu hingga tercipta sejarah hidup ku yang baru ini.. (Abg Rafini, Abg Bahari, Abg Hamdan, Farizal,Azmi, dan semua tenaga pengajar yang telah mengajar kami semua sepanjang berada dalam Silat Cekak Malaysia).
ini silat melayu tidak bercampur dengan tahyul dan kurafat, tidak bercampur dengan seni bela diri luar negara, mendidik setiap ahli untuk berpegang pada syariat Agama Islam. membentuk jati diri setiap Ahli, mengajar kami semua bagaimana Berpersatuan, mentadbir persatuan, bersilat, dan perguruan. syukur semuanya ada dalam PSSCM..
Rabu, 12 Disember 2012
IMAN...MUKMIN
tidak ramai yang mementing IMAN....
tapi tanpa iman dalam hati kita nescaya tidak bermakna kita hidup didunia ini andai tidak selamat di akhirat kelak.
Iman adalah satu harta yang sangat beharga dan yang mampu menyelamatkan kita di akhirat kelak. mentauhidkan Allah adalah iman... yang Allah terima adalah kalangan hambanya yang mentauhidkan-Nya. tidak bermakna hidup tanpa ada Kasih dan Redha Allah keatas kita.
baiklah tidak lengkap andai kita berbicara tentang iman tapi tidak tahu pengertian iman itu apa dan mengapa iman boleh turun dan naik??
Menurut bahasa iman bererti pembenaran hati.
menurut istilah pula iman adalah Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.”
Mengapa membenarkan dengan hati??
= maksudnya membenarkan apa sahaja yang telah di bawa oleh Rasulullah S.A.W
mengikrarkan dengan lisan pula??
=“Mengikrarkan dengan lisan” maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat “Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad S.A.W adalah utusan Allah)
mengamalkan dengan Anggota badan pula apa??
=“Mengamalkan dengan anggota badan” maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya.
Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila di-bacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan se-bagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.” (Al-Anfal: 2-4).
“Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih yang paling utama adalah ucapan “LA ILLAHA ILLALLAH” dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedang rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman.” (HR. Muslim, 1/63).
INGATLAH 3 PERKARA UTAMA TONGGAK MEMBANGUNKAN ISLAM ADALAH IMAN, ISLAM DAN IHSAN.... .
Selasa, 11 Disember 2012
PERNIAGAAN INTERNET JANA PENDAPATAN LUMAYAN
Mungkin kita merasakan perniagaan melalui internet ini adalah satu perniagaan yang membuang masa...
habis befacebook tanpa tujuan tu tidak membuang masa?? bil broadband, strimix tu xberbayar?
luangkan masa untuk mendengar ceramah berkaitan perniagaan internet ini anda pasti tahu jawapannya.
jangan mendengar orang lain cakap.. datang dan dengar sendiri baru tahu..
perniagaan melalui internet ini tidak merugikan dan malah kalau bijak tidak perlu memerlukan modal yang besar tapi untung berganda. bukan berbentuk infiniti atau piramid.. tapi ini satu perniagaan berbentuk jualan
JANGAN BELAJAR PADA ORANG YANG GAGAL TAPI BELAJARLAH DARIPADA MEREKA YANG BERJAYA..
Langgan:
Catatan (Atom)