Selasa, 27 Mac 2012

MENGENALI SABAR (assobru Minal Iman)

Imam Ghazali membezakan beberapa nama yang diberikan kepada SABAR. Antaranya adalah seperti berikut
1)  menahan nafsu perut nafsu keinginan bersetubuh  sabar (iffah)
2) sabar dalam menahan diri daripada keserakahan kekayaan ( dhabtun nafs)
3) dalam mencari kemenangan ketika perang (syaja’ah)
4)menahan amarah dan kesal (hilm)
5) menahan sesuatu penghinaan atau kecaman (si’atus sadar)
6) dalam merahsiakan sesuatu (kitmanus sir)
7)meninggikan kehidupan (zuhud)
8) ditujukan untuk menerima nasib sebagaimana yang ada (qina’ah)

Sabar juga di bahagikan kepada beberapa hukum atas beberapa golongan. Iaitu merangkumi hukum WAJIB, SUNAT,MAKRUH,dan HARAM.
1) sabar menjauhkan diri dari perkara yang haram adalah (wajib)
2) sabar dalam menjauhkan diri daripada perkejaan yang makruh (sunat)
3) sabar atas segala yang tidak di perkenankan ( harus)
4) bila kehormatan keluarga dan agama di cerobohi/diganggu maka sabarnya itu adalah (haram)
5) sabar membiarkan isteri/anak membuka aurat dan dilihat orang bukan mukhrimnya adalah sabar yang (makruh)

     Menurut imam Ghazali sabar itu hendaklah dilakukan dalam sembarangan waktu, orang harus sabar pada waktu senang,orang yang harus sabar pada waktu susah, bahkan orang yang sabar pada waktu senang lebih tinggi nilainya. sabar di lakukan terutama dalam menghadapi   kejahatan ringan dan mudah dikerjakan , sabr itu menjadi lebih berat sifatnya seperti sabar tentang dosa-dosa yang dapat dengan mudah melalui dilancarkan oleh lidah, seperti mengumpat orang , berdusta(menipu) memuji2 diri sendiri, dan menyebut2/mengungkit jasa2 yang dikerjakan ,baik untuk berbangga atau untuk mengadakan sesuatu berbanding orang lain. Berkelakar, yang dapat menjadikan penyakit untuk hati, dan lain2.bersabar atas kesakitan yang diperbuat orang, adalah utama sekali , dan sabar yang terbesar dan tinggi nilai2 nya adalah saabr yang derita terhadap bermacam2 bala seperti mati salah seorang yang dianggap penting untuk kehidupan , kehancuran segala harta benda dan kehilangan kesenangan kesihatan,.

     Sabar itu dapat dihasilkan hanya dengan menekankan hawa nafsu , membangkitkan sesungguhan kepada agama. Melemahkan hawa nafsu dikerjakan dengan mengurangi keperluan kebendaan,dan mengekang diri daripada keinginan diri. Kesungguhan kepada agama dapat dibangkitkan dengan memperbanyakkan amal ibadat, dengan berfikir dan merenungkan ceritera-ceritera mengenai sabar dan akibat-akibatnya.
Dalam AL-QURAN banyak sekali terdapat ayat-ayat mengenai sabar yang ditujukan sebagai nasihat dalam bermacam-macam-macam keadaan.
1) “wahai sekalian orang yang beriman , per besarlah sabar dan nasihat menasihatilah antaramu dengan sabar!”
2) “kami cuba dirimu dengan mendatangkan ketakutan ,kelaparan, kekurangan harta benda, kematian, kekurangan buah-buahan, tetapi akan kami gembira kan kemudian itu orang-orang yang sabar !”
3) “minta tolonglah kamu dengan sabar dan dengan sembahyang kerana Tuhan itu selalu dekat dengan meeka yang sabar.”

Khamis, 8 Mac 2012

kau tercipta untuk ku... kerana ALLAH

jika allah mengkehendaki kita bersama dan awk tercipta untuk saya, kita tetapkan bersama... benar kata hikmah yang berbunyi, "kalau dah jodoh kita lari lah ke kehujung dunia sekali pun tetapkan bersama jugak :)" . perancangan allah untuk menyatukan 2 hati tu sangat indah.. kita renunglah kembali sejak kita mengenali dunia dan tahu akan kehidupan ini apakah hari2 yang kita lalui dan membawa kepada pertemuan kita... indahnya perancagan allah.. allah xnak kita dalam kejahilan dan kesesatan , allah uji kita dengan bermacam-macam dugaan, akhirnya setelah itu allah tunjukkan jalan (nur) itu pada kita agar kita belajar dan lebih matang untuk kenal hidup ini, kalau xpernah wat silap tak mungkin kita lebih matang. alhamdulillah.. kehadiran cinta bergini berbeza dari cinta palsu tanpa niat pernikahan. sejak mendalami dan mengenal agama kita pasti teringin seorang wanita dan laki-laki yang beragama... sebab apa??? sebab dengan bertautkan hati pada allah dan agama menjadi panduan dan pedoman hidup maka kebahagian rumah tangga itu lebih sempurna kerana allah redha, tapi perkahwinan atas dasar nafsu dan bukan atas dasar agama pula pasti membawa pada kemusnahan dan tidak mampu menagani masalah dalam rumah tangga... cemburu itu pasti akan ada, cemburu yang baik adalah berpada2 untuk melahirkan kasih sayang... cemburu yang berlebihan pula pasti akan membawa pada kemusnahan. jujurlah dalam menyintai si dia asasnya mestilah berpaksikan kerana allah. kena iklhas, barulah allah suka. dahulukanlah allah bukan pasangan kita. batas2 syariat kena jaga sentiasa .. cinta tu allah yang lahirkan pada diri kita dan ia fitrah kejadian manusia ada persaan ingin di cintai dan menyintai sejak kecil lagi. tapi biarlah cara kena betul dan tujuan serta matlamatnya pula kena jelas, jagan bibir berkata lain tapi hati berkata lain... psti akan mengundang kemurkaan allah.. sebab itu al-quran diturun kan dan nabi di utus kan untuk menyampaikan perkara kita tidak tahu, kerana tanpa panduan itu pasti kita kan buat perkara berlandaskan nafsu dan akal yang cetek dan tidak sehebat ilmu allah miliki :).. alhamdulillah.... ku lamar dikau dengan BISMILLAH.... itu janji ku... itu matlamat ku dan selebihnya ku yakini perancangan allah pada kita lebih sempurna kerana awk bukan milik saya dan saya bukan milik awak yang kekal, kerana awak dan saya adalah milik ALLAH. kita hanya berkongsi cinta ALLAH. kerana matlamat dan tujuan kita agar berdakwah pada manusia ke arah kebaikan kita adalah allah pilih sebab itu kita lebih mengenali ilmu agama agar kita sampaikan pada keluarga dan rakan- rakan kita agar mereka juga berubah.. dan pernikahan itu juga untuk kita meneruskan pewaris kita untuk terus memperjuangkan agama allah... lihatlah kekasih allah iaitu nabi muhammad saw. tapi baginda juga wafat tapi agama islam terus berkembang dengan adanya pewaris, maka itulah jugak kita buat dengan pernikahan ini. seperti adam dan hawa bernikah dan akhirnya melahirkan zuriat dan akhirnya kepada kita sekarang, kita adalah penerusnya. itulah tujuan kita dicipta dan di fitrahkan hati kita memiliki cinta, bukannya cinta itu sesuka hati kita meletakkan nya seolah2 ia tidak ada nilai yang tinggi sedangakn ianya adalah anugerah Illahi..biar matlamat itu sampai. memang sukar mencari yang terbaik tapi hargailah apa yang dimiliki. tidak mustahil yang kita miliki itu akan menjadi yang terbaik dalam ribuan yang baik :) yakinilah diri kita tidak sempurna dan tidak begitu baik lagi, masakan kita mampu memiliki yang hebat berbanding diri kita yang tak seberapa.allah itu adil laki-laki baik untuk perempuan2 yang baik, begitulah juga sebaliknya.. banyakkan muhasabah diri, apa yang kita rasa salah dan kurang pada diri kita, kita belajar dan coaba untuk mengubahnya,insyallah watlah kerana allah maka allah akan permudahkan urusan kita.

Jumaat, 2 Mac 2012

kata-kata hikmat Ustaz HH

Untuk hidup janganlah takut menghadapi kesusahan , kerana tiap-tiap kesusahan itu ada kesenangan dan jangan takut menusia benci, untuk menegakkan kebenaran, kerana setiap kebencian itu ada manusia lain menyukainya.
Ramai manusia boleh sabar di masa kesusahan (penderitaan) tapi ramai yang tidak bersyukur di masa kesenangan. Perjuangan yang besar dalam hidup manusia ialah perjuangan menentang hawa nafsu. Hawa nafsu berkisar pada 3 faktor.
                A) kepada wang ringgit
                b) kepada pangkat dan pengaruh
                c) kepada perempuan
kerana ketiga2 faktor inilah manusia boleh terjerumus di lembah kehinaan di dalam hidupnya.
3. sebaik-baik manusia ialah orang yang boleh menyesuaikan dirinya dengan orang-orang rosak akhlaknya sehingga dapat memperbaharui akhlak orang itu hingga menjadi baik.
4. biarlah hidup miskin, asalkan dapat menjalankan taat kepada Allah dan Rasulullah, daripada kekayaan yang menderhaka kepada Allah. Biarlah tidak berpangkat asalkan menjadi manusia yang baik daripada berpangkat tinggi dan merosakkan hak orang lain. Biarlah hilang pangkat , kekayaan, asalkan jangan hilang akal, kerana akal itu adalah sebesar2 nikmat Allah taala, dari segala-galanya.