Jumaat, 13 Januari 2012

buat TEMAN

alhamdulillah begitu cepat masa berlalu akhirnya sudah habis sem ke-3 aku berada di Universiti ini. saat aku update blog ini, sahabat ku dalam perjalanan balik ke kampung halamannya. tapi happy sangat malam nie dapat satu pemberian daripada seorang sahabat yang sangat berharga, bukan sekadar kerana dibuat daripada hasil tangan dia sahaja, tapi disebalik bintang itu ada makna yang sangat berharga untuk aku sentiasa beringat pada akan kebesaran sang pencipta alam ini itulah sangat berharga, kerana dalam kehidupan ini kita seharusnya sentiasa ingat pada ALLAH. kerana kita hambanya memang patut pun kita sentiasa ingat pada allah dengan memuji akan segala ciptaannya. insyallah sahabat, bila teringat atau melihat pemberian mu ini aku akan sentiasa ingat pada kebesaran Allah.  ku doakan dirimu balik dengan selamat, moga Allah merahmati dan melindungi dirimu daripada segala kemudaratan. lusa saya pulak akan pulang ke kampung halaman saya. :) maka semakin jauhlah kita saya diseberang laut. tapi walaupun kita hanya dipisahkan dunia tapi ikatan persahabatan itu tidak akan terpisah sejauh jarak kita, begitu juga Allah dengan kita, walaupun Allah itu tidak nampak akan tetapi Allah itu sentiasa dekat dengan kita, Dia sentiasa ada saat kita memerlukannya. sahabat ucapkan lah kalimah "laillahaillallah" kerana dengan sentiasa mengingati allah kita akan mudah dalam sekratul maut dan Allah akan menaikkan darjat kita dan saat kita menyebut kalimah itu dengan penuh keikhlasan tiang arash Allah akan bergoncang. saat kita memuji allah dengan kalimah tasbih kita "subahanallah" allah akan tumbuhkan pokok di syurga dan pokok itu hatta kuda mengelilingi bayang2 nya sahja untuk satu pusingan mengambil masa 500tahun. sahabat YAKINLAH pada segala Allah janjikan pada kita, itulah dinamakan iman. jika kita masih ragu2 pada allah maksudnya iman yakin kita itu tidak lagi subur dan kita tidak lagi benar-benar beriman pada Allah  100% . sahabat saya nak kongsikan dengan awak yang ketika saya mendengar tazkirah di surau tadi, satu perkara saya tertarik dimana kita sering mengatakan orang yahudi,nasrani dan orang-orang yang kafir ingin meroboh dan memusnahkan ISLAM, tapi jika kita lihat kembali tiang agama kita adalah solat,dimana perkara yang sangat berharga sehinggakan nabi nak dapatkan wahyu itu dia sendiri terpaksa pergi ke langit ke7, dan merupakan soalt tiang agama. tapi perosak pada agama kita dan merobohkan agama kita sendiri adalah orang ISLAM itu sendiri, kerana kita lihatlah seberapa banyak orang islam kini lebih pentingkan perkara dunia hingakan tiada masa untuk menunaikan rukun islam ke-2 ini. jika satu rukun kita tak sempurnakan maka belum tentu kita benar2 islam yang tulen hanya sekdar pada nama sahaja.harap kita bukanlah tergolonga dalam kalangan orang sedemikian dan kita doakan agar Allah beri petunjuk pada mereka yang tidak lagi mendekatkan diri pada agama.masa ini kita tidak merasa rugi, tapi pernah kah kita tahu yang dunia adalah tempat kita mengumpul segala amal yang mampu membawa kita ke syurga, kerana saat di alam barzakh dan akhirat nanti tidak ada lagi masa untuk kita mengumpul segala amal kebaikan dan hanya tinggal adalah sat kita menunggu amal kita di dunia ini di timbang dan menunggu syurga atau neraka tempat kita, malah orang yang dapat masuk syurga itu juga akan berasatersangat rugi kerana yang membezakan syurga tinggi dengan syurga bawah tu hanya 1 kalimah Subahanallah sahja,maka saat kita hidup ini banyakkanlah kita beringat pada ALLAH dan memuji nya agar kita mati dalam keadaan yang baik dan menjadi golongan syurga. bayang kan jika kita mati esok?? bagaimana amalan kita? adakah sudah mencukupi untuk kita memasuki syurga allah. dan adakah doa dan amal2 kita tu ALLAH terima? saya sangat takut wak. :( .. awak jaga diri baik2 tau.. ASSALAMUALAIKUM WBT

Selasa, 10 Januari 2012

KASIH SEORANG RASUL PADA UMATNYA

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb‘ atau cinta dan kasih-sayang. Kerana rasulullah telah pergi meninggalkan kita sekian lama. Adakah Rasulullah kenal dan menyayangi kita sedangkan dia telah wafat?? L

Jika dalam kesempatan yang lepas kita mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, marilah pula kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:

Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)

Rasulullah utamakan umatnya

Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda:

Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.

Ulama menyatakan, Nabi SAW adalah lebih utama daripada diri mereka sendiri kerana diri mereka mengajak mereka kepada kerosakan, sedangkan Baginda SAW mengajak mereka kepada keselamatan dan kesejahteraan.

Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata:

Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”

Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.

Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.

Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: “Kecelakaan ke atas kamu.” Rasululah SAW bersabda: “Dan ke atasmu juga.” Lalu Aisyah mencelah: “Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian.” Rasulullah bersabda: “Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar.”Aisyah berkata: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan.” Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.

Maka tepatlah Allah telah menggelarkan Baginda sebagai rahmat kepada seluruh alam dan sebagai yang amat pengasih kepada umatnya. Allah SWT telah berkenan mengurniakan kepada Baginda dua daripada nama-nama-Nya yang agung iaitu Ra’uf (Orang yang bersifat belas) dan Rahim (Orang Yang Penyayang).

Di dunia, Nabi SAW sentiasa berusaha memberi keringanan kepada umatnya. Maka Baginda SAW bersabda: “Sekiranya tidak berat ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali hendak melakukan solat.” Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku! Umatku! Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.

Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.

Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, “Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.” Maka kita di akhir zaman ini yang tidak pernah bersua dengan Rasulullah kita lebih bertuah dan Rasulullah tidak pernah mengabaikan kita dan sentiasa menyanyangi kita J

Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan. Insya-Allah, minggu hadapan ruangan ini akan mengimbau bagaimana selayaknya kita membalas cinta Baginda.

hayati montaj dibawah ini kisah benar berlaku pada seorang pelajar UIA . harap kita semakin dekat pada kekasih kita NABI MUHAMMAD SAW, selepas kasih kita pada ALLAH SWT...AMINNN


KUSYUK DALAM SOLAT

Khusyu’ bolehlah didefinasikan iaitu menumpukan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa solat seperti ia berhadapan dengan Allah. Hati dan fikirannya berada sepenuhnya di dalam solat tersebut dan tidak lalai daripada mengingati perkara-perkara lain di luar solat. iaitu ikhsan iaitu seolah-olah kita melihat ALLAH..

Sebenarnya khusyu’ dalam Solat adalah satu perkara yang sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Ramai orang Islam yang mengerjakan solat tetapi berapa ramai yang dapat merasai khusyuk di dalam solatnya? Khusyuk adalah merupakan perkara maknawi yang tidak dapat dilihat, namun mampu dirasa oleh sebahagian orang. Sebuah kitab fiqh yang menyentuh secara khusus tentang bab solat ini ialah Muniyatul Musalli yang mana solat itu digambarkan sebagai persembahan hadiah kepada Khaliq. Solat yang tidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai dan tidak memberi sebarang makna.

Dibawah ini, ada 15 rahsia untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Moga-moganya ia bermanfaat buat saya dan anda semua.

1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.

2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak liar(seperti gambar diatas), sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. (sangat digalakkan).kaum adam sebaik2nya pergi ke surau/masjid kerana masjid itu 27pahala vs 1pahala, mana kita nk>??

10. Mengambil wuduk dengan sempurna. (ambillah perkara yang sunat sekali).

11. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.

13. Kurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang disekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya?? Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk (seperti gambar diatas).

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Sebolehnya elakkan memakani pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United, kira satu geng dengan aku ”. Kan dah hilang fokus!!

Renungan bersama-sama.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.

Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

SYIRIK KHAFI ( syirik kecil)

satu perkongsian bersama.... Sedar atau tidak, syirik kecil sudah menjadi pakaian umat Islam diakhir zaman ini.mengapa ia berlaku?? adakah kurang didikan agama puncanya atau sikap endah tak endah kita pada ajaran agama kita sendiri??

Antara syirik kecil yang kita sering amalkan:

1) Kita tidak lagi sepenuhnya bersandarkan pada ALLAH dalam kehidupan harian.Kita lebih bersandar pada makhluk, iaitu ciptaan Tuhan.Kita seringkali bersandar pada harta, ilmu, kelebihan atau bakat,dan juga isi2 dunia.Jika sandaran pada Tuhan diketepikan,maka kita sudah terperangkap dalam jerangkap samar syirik kecil.oleh itu kita perlu tahu syirik2 yang akan kita khuatiri bila makin merebak membawa kepada syirik besar.

2) kini Kita melakukan ibadah bukan kerana ALLAH. Kita lakukan ibadah kerana pahala, kerana fadhilat, kerana ganjaran syurga, kerana kepentingan diri.sedangkan itu semua anugerah ALLAH, tak perlu kita buat kerananya.Pasti hilang keikhlasan dalam ibadah.tak hairanlah, sembahyang kita tidak melahirkan Peribadi Agung, tidak mencegah kita dari melakuakn maksiat, tidak membakar sifat2 mazmumah, dan tidak menyuburkan sifat2 mahmudah dalam diri kita,kita mengharapkan pahala tapi kita tak mengharap cinta dan ikhlas pd allah.

Dalam kehidupan harian, seringkali kita syirik kecil.contohnya:

1-kita makan, dan merasakan makananlah yang mengenyangkan kita
2-kita anggap duit, dan kerjaya yang memberi kita rezeki."tak duit,takde rezeki, tak makan"
3-kita anggap ilmu yang akan menentukan masa depan."gagal peperiksaan, gelap masa depan"
4-kita anggap segala kebolehan dan bakat kita adalah milik kita, bukan diberi@dipinjamkan oleh Allah untuk kita.
5-kita anggap harta kita, adalah usaha titik peluh kita bukan anugerah@rezeki dari ALLAH.
6-ubat menyembuh penyakit,bukan Allah yang menyembuhkan penyakit.

jika sifat-sifat sebegini masih kita amalkan dalam kehidupan marilah kita bersama mengubah ke pada kebaikan. kita hindari dari kita terus mensyirikan Allah.rosak iman kita akibat perkara kita buat dalam kita tidak sedar ini.

Wallahualam. Fikir2kan lah.moga kita di bawah lembayung rahmat ALLAH.. dan dipelihara Iman kita..

Sabtu, 7 Januari 2012

peringatan buat kaum HAWA

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang dan lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

p/s :- Betapa wanita itu akal nya setipis rambutnya, ….hatinya serapuh kaca….dan perasannya yang selembut sutera itu maka hendaklah di bekalkan dengan ilmu , di kuatkan kan dengan iman dan dihiasi dengan akhlak.



http://www.youtube.com/watch?v=ybm5WosvK6Y&feature=share

Sifat ORang MUNAFIQ

orang munafiq adalah salah satu golongan orang yang pada zahirnya dia mengikuti ajaran agama, dia sembahyang, dia keluarkan zakat, menunaikan haji, puasa, namun pada batin nya iaitu pada hatinya dia sebenarnya tidak mengakui dengna hatinya. maksudnya mereka mengaku beriman tapi sebenarnya tidak beriman pun. hanya mahu di pandang oleh masyarakat sahaja.

Ciri-ciri orang munafiq adalah bila berjanji dia mungkiri, bila bercakap dia berbohong atau berdusta,bila di beri sesuatu amanah dia mungkiri@pecah amanah..antara ciri-ciri orang munafiq dalam islam adalah,:-


1.Dusta
2.Khianat
3.Fujur dalam pertikaian
4.Ingkar janji
5.Malas beribadah
6.Riya'
7.Sedikit berzikir
8.Mempercepat solat
9.Mencela orang-orang yang taat dan soleh
10.Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
11.Bersumpah palsu
12.Enggan berinfak
13.Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
14.Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
15.Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
16.Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
17.Sering meninggalkan solat berjamaah
18.Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
19.'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
20.Takut terhadap kejadian apa saja
21.Beruzur dengan dalih dusta
22.Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
23.Bakhil dalam masalah kebajikan
24.Lupa kepada Allah s.w.t
25.Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
26.Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
27.Sombong dalam berbicara
28.Tidak memahami masalah-masalah agama
29.Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
30.Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang

jadi sebagai umat islam kita harus hindari diri kita daripada sifat-sifat munafiq ini agar kita di rahmati dan di berkati oleh allah dan bukan di murkai Allah SWT. oleh itu insyallah dengan 3 perkara sahaja kita jaga maka seluruhnya kita mampu pelihara antaranya ialah, janji kena tepat,amanah kena jaga, cakap jangan berbohong.insyallah kita sama-sama perlihara diri kita dari sifat munafiQun ini :)

Khamis, 5 Januari 2012

Coretan Buat Seorang Bernama Teman..


Selama ini diriku hidup dalam satu ruang kegelapan
Kegelapan yang dicipta oleh diriku sendiri,
Saat itu tiada cahaya yang bersinar di sekelilingnya
Saatku tertewas mencari cintaku.
Saat hatiku terdetik untuk menggapai Nur itu,
Bukan kerana noda nafsu, bukan kerana dunia yang fana,
Tapi hadirnya kerana keikhlasan diriku untuk mengenali mu
Sang pencipta alam….

Alhamdulillah…. Setelah kau berikan cahaya itu
Kau sertakan pula padaku seorang teman
Teman yang sangat berbeza perwatakannya
Tidak pernah ku jumpa lagi teman seperti dirinya,
Apatah lagi kini seperti satu keajaiban ia berada disisi
Tapi ku yakin itu buktinya seribu makna keagungan –Mu

Ya Allah…
Kehadiran dia dalam hidupku banyak mendidikku
Agar mengenali siapakah dikau wahai pencipta Alam
Juga mengajak bersama mengenali agama-Mu
Kehadiran dia banyak mengukir senyum di bibir
Yang dulunya senyuman yang ku tak tahu tujuannya
terlalu jauh dari lafaz-Nya
Setelah ku kenali dirinya penyakit-penyakit hati kian terasing
Syukur ku tak terhingga kerana itulah buktinya cinta
Cinta sebenar cinta
Ya Allah..
Ku tadahkan sepuluh jari Ku, mohon hidayah mu
Ku bersujud di hadapan mu Dengan penuh tawaduk dan rasa rendah diri,
Memohon keampunan dan mengucapkan kesyukuran
Kerana dikau hadirkan ku seorang teman yang sebenar teman
Yang mampu berjuang bersama demi agama-Mu.

Teman…
Andai hadir ku dalam hidup mu
Banyak melakukan kesilapan yang diriku sendiri tak terduga
Ku mohon seribu ke maafan darimu
Percayalah hadirmu dalam hidup ini
telah banyak mengukir gembira
dengan senyum tawamu, watakmu, dan ke ayuanmu
ku tahu itu kurniaan Illahi..
dikau banyak mengingatkan ku ke arah akhlak dan ciri islam sejati.
Aku bukan mengagungkan dirimu teman
Tapi aku syukuri qada dan qadar
Yang Allah tuliskan pada kalamnya.
Tak salah sekadar untuk ku hargainya..

Teman
Titisan air mataku bukti ku menghargai kehadiranmu
Titisan air mata ini juga menjadi saksi
Bertapa aku kian mencintai siapa pemilik cinta ku.


Teman
Ku berdoa agar pertemuan kita
Bukan sekadar bersifat sementara,
Tapi biarlah ia kekal selamanya.
bersama sesuci doa,
Dengan Diiringi redha sang pencipta
Ku yakin ia pasti kan kekal selamanya
sebelum mata ini rapat terpejam
Selagi jasad ini tidak lagi kaku
Dan selagi belum rebah menyembah bumi.
Walaupun ia kaku ku pasti siapa aku,
Kehadiranku hatta dirimu,
Pasti menjadi layar cerita mindamu..
Saat dirimu menuju lena sementaramu.

Teman
Sekian sahaja coretan hatiku kali ini,
Hadirmu bukanlah lagi satu mimpi
Tapi dalam nyata dan rialiti
Hadirmu sangat di nanti
Bagi pemilik cinta illahi
Sekian buat dikau yang bernama teman
Aisyah…

Kewujudan ALLAH

Jika bercerita berkenaan kewujudan allah maka ia nya tidaklah boleh untuk kita membuktikan ianya dengan MAKHLUK. alam ini juga merupakan makhluk.. menurut golongan salafussoleh  terdapat dua kaedah untuk membuktikan kewujudan allah  antaranya ialah dalil NAQLI (al-Quran dan Hadith) iaitu juga di kenali dengan dalil yang diwahyukan oleh allah . Manakala satu lagi adalah dalil AQLI (logik dan mantik) yang melibatkan logik akal fikiran manusia.
Kewujudan ALLAH  sebenarnya boleh di buktikan dengan al-Quran hal ini kerana Al-Quran bukanlah makhluk. Boleh dibuktikan juga dengan akal kerana akal kita menerima perkara logik sebab itu mengapa manusia ada akal yang diberikan oleh ALLAH SWT, jika dibandingkan dengan makhluk yang lain seperti binatang, kerana dengan akal itulah manusia dapat berfikir.
Baiklah mungkin kawan-kawan sekalian masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang membuktikan kewujudan ALLAH. Sebab sesetengah orang bertanya mengapa ALLAH itu ada siapa ciptakan dia? Adakah dia dilahirkan? Semua itu adalah persoalan orang-orang yang tidak beriman pada ALLAH dan pada perkara perkara Qhaib. dan mereka masih tidak mengetahui akan hal itu. Baiklah kita melihat bukti yang ada dalam Al-Quran, kita ambil contoh yang mudah jika kita membaca terjemahan Al-Quran sudah pasti kita akan melihat pelbagai perkataan atau maksud-maksud yang tidak logik diterima akal sihat manusia. Akan tetapi itulah sebenarnya tanda KEBESARAN Allah. Itulah yang kita katakan iman, kalaulah Allah menjadikan perkara logik sahaja alangkah rendahnya ilmu Allah. Walhal ilmu Allah dengan ilmu manusia itu dapat di bezakan dengan setitik air laut itu adalah ilmu manusia dan selebihnya air di lautan itu adalah ilmu Allah. Lihatlah bertapa jauh perbezaanya. Sedangkan Allah itu maha mengetahui dan maha berkuasa .cuba kita ambil satu hadis yang menjelaskan bahawa keindahan syurga di mana terdapat bidadari dalamnya dan bidadari itu sangat cantik sebab di jadikan daripada mutiara dan kalau kita melihat wajahnya wajah kita nampak pada wajahnya. Itulah bidadari tapi apa yang pasti apa yang digambarkan akal kita ketika ini sebenarnya jauh berbeza, kerana bidadari  itu dan syurga itu jauh lebih cantik dan indah dari apa yang kita gambarkan, itulah bukti ke kekuasaan dan kehebatan Allah SWT.
Satu lagi golongan yang menggunakan al-quran dan Hadith untuk mentafsirkan dan menjelaskan tentang kewujudan allah. golongan ini di kenali khalafussoleh. Baiklah apa yang mereka kemukakan bagi menjelaskan akan perihal kewujudan Allah adalah.  Mereka memberitahu bahawa jika kita lihat “wujud alam bererti wujudnya Allah, tidak wujud Alam maka tidak wujud Allah?? “ maka dari hal itu Allah itu tidak sama dengan Makhluk maka tidak boleh dibuktikan akan kewujudan nya dengan dengan makhluk “mukhafatuhulilhawadisi”(allah itu berbeza dengan makhluk ciptaannya) dalam sifat 20 bagi Allah.  Kesimpulannya wujud atau tidak wujud Alam ini Allah tetap wujud.usahlah kita berfikir di luar kemampuan akal kita yang pasti Allah itu pencipta kita dan tiada mustahil bagi dirinya.. be continue J

Isnin, 2 Januari 2012

"PERTOLONGAN ALLAH DATANGNYA SELEPAS SABAR"

indahnya iman, apa yang pasti iman adalah membenarkan (istilah),menyakini dengan hati(syariat) mengucap dengan lisan  dan membuktikan dalam amalan perbuatan kita. tahap paling tinggi adalah dengan mengucap laillahaillallah dan paling rendah iman adalah dengan membuang benda-benda yang menghalang laluan orang lain seperti sampah,batu,kayu dan sebagainya yang mungkin boleh memudaratkan orang lain. Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah mebuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” (Ashhabus Sittah).


baiklah kita kembali kepada topik kita, dimana berkenaan SABAR. sabar juga merupakan salah satu daripada cabang iman. ASSOBRU MINAL IMAN. kita sering berasa putus asa bila sesuatu yang kita hajati dan impikan tidak dapat. kita sering menyalahkan takdir,sedangakan iman kita telah pun teruji kita tidak mampu untuk menghadapi dugaan itu dengan sabar. hinggakan kita tidak yakin akan pertolongan allah.. bercerita tentang pertolongan allah sebenarnya, pertolongan ALLAH akan datang dengan kesabaran (H.R imam ahmad)  firman allah yang bermaksud : jika kita hendak minta pertolongan daripada allah jalan yang MUDAH telah allah firmankan adalah dengan SOLAT & SABAR. itulah rahsia nya jika hendak sesuatu permintaan kita termakbul dan di perkenan kan allah adalah dengan cara solat dan sabar ,lihatlah bertapa kasihnya allah pada kita di permudahkan urusan kita memohon pertolongan daripada-NYA. 
hal ini diperkuatkan lagi dengan sabda nabi muhammad SWT. "pertolongan Allah datangnya selepas kesabaran. sesungguhnya bersama kesulitan ia ada kemudahan. ( waa innal kharraja maal karbi)

subahanallah... hanya orang yang buat kerja agama sahaja yang akan perasan pada  apa yang allah permudahkan /pertolongan itu. jika kita agama entah kemana, iman pun entah ada ke tidak, sudah pasti kita tidak dapat merasai apa yang allah permudahkan pada urusan kita itu.

sahabat-sahabat seagama.. jadikan diri kita kekasih ALLAH sesungguhnya barulah ALLAH pelihara kita. jika ALLAH kita tidak kasih,hanya mementingkan harta dunia, kasih sesama makhluk, bagaimana pulak harta nk dibawa ke akhirat kelak?? (iman dan takwa) . kita lihat kembli kisah Nabi Isa A.S , dimana pada ketika itu nabi Isa di masukkan dalam api, subahanallah ,dengan kekuasaan allah kerana kasih isa pada Allah,dan allah pelihara Nabi Isa , api yang sifatnya panas membakar itu Allah tukar menjadi sejuk. dan banyak lagi kisah-kisah Nabi-Nabi yang lain.

jika kita berasa marah, maka kita sabarlah dengan cara jika kita marah ketika berdiri,duduklah,. marah adalah kerana syaitan yang mengapi2kan kita. ketika kita marah kita ibarat seperti api, maka lawan bagi api ialah air. maka kita padamlah ia dengan cara kita berwuduk,dan dirikanlah solat sunat 2 rakaat. insyallah marah itu akan redha. bersabarlah kerana jika hanya mengikut sifat syaitan maka kita akan tersesat dan melakukan perkara yang diluar dari akidah dan syariat kita sebagai orang-orang mukmin. maka belajarlah mengawal kemarahan,musibahdan sebagainya  dengan bersabar,insyallah allah akan bantu cuma cepat atau lambat sahaja. malah perang yang paling hebat adalah berperangan dengan nafsu,tak kira nafsu marah ke atau sebgainya. :) ..be continue...........


Ahad, 1 Januari 2012

IMAN adalah MUTIARA dalam HATI manusia

Subhanallah adakah kita beriman kepada Allah swt. Jika kita mengaku kita beriman sebenarnya ia memerlukan kita kenal kepada ALLAH. Kenal yang sebagaimana?? Iaitu kita kenal sifat-sifat 20 nya, sifat-sifat mustahil bagi Allah dan sebagainya. Selain itu kita kena tahu dan meyakini akan kebesaran Allah di mana kita perlu kenal akan keupayaan Allah iaitu segala kekuasaan Allah terhadap segala isi di dalam dunia ini. Hatta cinta kita yang sering kita agung-agungkan itu juga datangnya daripada Allah. Baiklah usah kita lihat pada ciptaan Allah yang jauh seperti bulan dan bintang, cuba kita lihat pada diri kita sendiri sekarang ini, bagai mana Allah menciptakan kita. lihatlah bertapa sempurnanya kejadian kita ini, bayangkan pada tubuh badan kita ini tidak terhingga banyaknya nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. bayangkan sekarang kita ada 2kaki dan 2 tangan, adakah kita bersyukur?? Bayangkan jika Allah tarik salah satu nikmat itu dari diri kita seperti sebelah tangan kita. barulah kita merasai bertapa pentingnya nikmat tangan ini. Maka akan datang lah kesedaran kepada diri kita bahawa sesungguhnya Allah lah yang memiliki segala nya.


        Manusia sering lupa bahawa iman itu boleh turun naik atau juga hilang dari hati seseorang hamba Nya lebih laju dari pada kereta. kerana selalunya apabila kita diberikan sedikit kelebihan dari orang lain, kadangkala kita merasa sombong, bongkak atau bangga diri. Bila iman telah pergi maka tersangat rugilah kita. sebab itulah jika kita sedar kita telah berbuat perkara yang salah, jika kita tersedar maka beristifarlah mohon keampunan dari Allah. Iman adalah satu benda yang sangat berharga dalam diri kita.

      Kesedaran tentang iman yang sejati hanya boleh dimiliki dengan ilmu, kefahaman dan keinsafan diri dengan mengaku bahwa diri kita ini tidak memiliki apa-apa, tanpa punya kekuatan, tanpa punya kuasa dan tanpa punya pengetahuan jika tidak dengan kehendak Allah, iaitu dengan hanya izin Nya Allah sahaja maka baru lah semuanya boleh terjadi. Kun faa ya kun maka jadilah ia.

seseorang itu boleh hilang iman nya kepada Allah kerana ciri-ciri begini semestinya tidak boleh ada kepada apa yang digelar atau dikenali sebagai makhluk kerana mereka bukan lah Tuhan Yang Maha Mencipta, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Kekal,  kita bukan seperti itu kerana kita adalah insan yang lemah yang hanya diberi sedikit kudrat iaitu keupayaan oleh Allah, supaya kita dapat menjalani kehidupan di dunia ini semahu kita dengan kita diberi akal dan nafsu tetapi diperintahkan kepada kita supaya kita belajar untuk dapat mengenal siapa itu Allah dan menuruti segala perintah Nya. Allah turunkan Al-Quran dan Allah turunkan utusan nya iaitu rasulullah dan para nabi-nabi sebelum nya sebagai rujukan dan panduan kita hidup di dunia ini.  Allah telah menjadikan syurga dan neraka, sesungguhnya neraka itu adalah tempat bagi orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri kerana akibat keangkuhan dan kebodohan diri sendiri. Yang mana melanggar segala larangan yang Allah sudah gariskan.

Bila kita sering berbuat kebaikan maka kebaikan itulah yang pastinya akan memancarkan cahaya iman dalam hatinya. Kita mesti tahu bahawa Allah lah tempat untuk kita berserah diri, kesusahan dan kesenangan yang kita miliki hanyalah satu ujian Allah kepada kita untuk melihat sejauh mana kita dapat berbakti kepada sesama manusia dan juga untuk agama yang kita anuti. .Jika kita miskin adakah kita redha dan berusaha? Jika kita kaya adakah kita bersyukur?? Kita selalu lupa bahawa harta yang kita miliki sebenarnya bukan milik kita kerana Allah lah yang berkuasa memilikinya, sebab kita di akhirat kelak akan dipersoalkan bagaimana kita menggunakan harta yang kita ada semasa hidup kita.begitu juga kecantikan dan ketampanan kita miliki. itu ujian dari allah jika kita lalai dengan kelebihan itu maka kita akan menjadi rosak. percaya atau tidak coba lihat di luar sana, seberapa ramai anak muda kita lalai dan salah menggunakan nikmat wajah yang allah kurniakan pada mereka,dimana mereka lebih menjurus pada kemasiatan.jika kita lihat sejarah nabi yusuf a.s walaupun digoda oleh zulaikha namun dia tetap mempertahankan imannya. malah jawapannya "wajahku ini suatu hari nanati akan hancur dimamah tanah" jika anak muda kini jika di puji sedemikian maka makin lah mereka menjadi2 gediknya.lelaki mulalah mencari ramai perempuan cantik manakala si perempuan mulalah cair dengan kata2 godaan syaitan yg si lelaki gunakan. masyallah mengapa ini berlaku pada masyarakat kita yg beragama islam????? mengapa???dan dimana silapnya??

       Carilah akan keinsafan diri ini supaya iman kita akan dapat kita rasakan teresap di jiwa kita, kita mesti menaruh penuh kesedaran bahawa kehidupan kita boleh diubahkan oleh Allah dengan sekelip mata sahaja, dari kaya menjadi miskin, dari yang punya pangkat jadi hina, dari yang punya kehidupan yang bagus boleh hilang tanpa terduga, maka semua ini tiada yang kekal kecuali Allah Yang Maha Besar, yang menjadikan langit dan bumi dan juga seisi nya. Minta ampun lah  kepada Allah akan segala dosa-dosa yang kita lakukan dahulu dan juga minta ampun lah kita kepada Allah akan orang-orang yang telah kita aniaya kan atau kepada siapa sahaja yang pernah kita membuat kesalahan, menangis kerana merasa insaf diri, maka di sini lah akan kita ketemukan dengan iman yang sejati yang kita cari yang dituntut oleh Allah SWT.

Jika tiada kita kenal apa itu iman sebenarnya, kita tidak akan mencapai tahap ikhlas kepada Allah apabila kita membuat sesuatu ibadah dan bagaimana pula mutu amalan kita itu dapat kita tampilkan didalam kehidupan kita seharian? Maka kerana itu agak sukar kalau kita mahu menemukan dengan mudah orang yang baik didalam orang banyak yang pada am nya kita kenal mereka sebagai orang Islam. Keharaman sudah tidak dipentingkan lagi, perkara halal adalah perkara kecil, maka kerosakan akhlak masyarakat akan merebak terus hingga apabila setiap teguran untuk kebaikan akan di anggap sebagai satu perbuatan biadap kerana kita akan dikata suka menjaga tepi kain orang lain. keadaan kehidupan sekeliling kita semakin jauh dari landasan yang sebenarnya yang di tuntut dalam Islam, apa yang kita takuti ialah datangnya azab Allah sebelum datang nya kiamat kepada orang-orang yang mengaku Islam hanya dibibir mereka sahaja tapi hati mereka cetek ilmu agama dan hati mereka tidak ada pun kalimah lailahaillallah. Nauzubillah minzalik.


zaman berubah semakin ketara, hingga sukar membezakan pelbagai perkara, hatta tinggi ilmu di dada belum tentu indah akhlaknya. bila nafsu syaitan di jadikan pedoman, al-Quran dan sunnah tidak lagi menjadi panduan. bila cinta kasih tak kenal siapa, yang baik pasti tersesat jua. pilihan menentu masa depan. bukan hanya pada diri tapi pada segenap generasi. :)