Selasa, 10 April 2012

MENGINGATI MATI


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
Jumhur ulama telah mengkaji sebanyak 145 kali bilangan perkataan mati dan hidup di sebut dalam Al-Quran. Dan percayalah bahawa mati itu adalah satu kiamat kecil dan Rasulullah sendiri tidak mengetahui akan bila kematiannya.  Mati itu adalah perpisahan roh dan jasad kita buat sementara waktu, dan ia akan bersatu semula dengan izin yang maha esa satu hari nanti di akhirat.
Pernah diceritakan kisah nabi Ibrahim di mana baginda menceritakan akan perihal sakitnya sakaratul maut (mati). Baginda memberi tahu bahawa “sakitnya mati saat roh hendak keluar daripada badan sakitnya seperti kambing yang disiat-siat kulitnya.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W pula, baginda memberitahu keadaan sakitnya mati jika hendak di ukur kesakitannya adalah seperti 300 tetakan pedang yang tajam. Begitulah sakitnya mati.

KELEBIHAN ORANG MENGINGATI MATI.
Mereka yang cerdik nabi kata adalah orang yang banyak mengingati mati dan mereka akan membuat persediaan untuk menghadapi mati dengan memperbanyakkan amalan soleh. Dan Rasulullah memberitahu lagi bahawa mereka yang zuhud pada dunia dan mereka tidak akan mencintai dunia.
Orang yang mengingati mati akan sentiasa bertaubat pada Allah setiap hari kerana tidak tahu bila malaikat mencabut nyawa dari badan. Kata imam Al-Ghazali pula orang yang kenal diri akan kenal Allah(penciptanya) dengan mengingati mati akan membawa ketenangan diri.

PENYAKIT WAHAN
Penyakit ini di beritahu Rasulullah adalah penyakit cinta dunia dan benci pada kematian. Mereka yang cintakan dunia dapat dilihat bila diceritakan tentang kematian mereka tidak suka. Sedangkan nabi S.A.W ingatkan kita agar mengingati mati, “Perbanyakan ingatan terhadap  perkara   yang boleh menghapuskan kelazatan hidup iaitu mati”. Penyakit wahan ini adalah penyakit yang membinasakan seseorang.
Sabda Nabi S.A.W dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam. Yakni tempat kita mengumpul amalan-amalan dan bekalan untuk kita ke alam yang kekal abadi yakni akhirat. Semua yang ada di dunia adalah dilaknat oleh Allah kecuali orang yang sentiasa mengingati Allah.
 Allah Berfirman bermaksud :
“ Allah memegang jiwa ( orang ) ketika matinya dan memegang jiwa ( orang ) yang belum mati di waktu tidurnya, maka dia tahanlah jiwa yang yang telah dia tetapkan kematiannya itu dan dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.

Semua orang takut nak mati, tp bagi orang yang merindui untuk bertemu Allah penciptanya, sentiasa menanti-nantikan detik kematian ibarat, sepasang kekasih yang sedang bercinta tidak sabar –sabar untuk pergi bertemu pasangannya setelah sekian lama tidak bertemu.
Setelah kita tahu definisi MATI tu, ape persediaan yang nak kita lakukan ? Contohnya macam nilah, kita tahu next week nak final exam atau test ka, interview ka, ape persediaan yang perlu kita buat sebelum pergi tu. Ha, Macam tu jugaklah bila kita tau mati tu akan terjadi ( Cuma x tau bila ) ape persediaan yang kita lakukan untuk menghadapi mati tu.

Allah berfirman bermaksud :
Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

Sebahagian ulama berkata : Barang siapa yang banyak mengingati mati, maka ia akan mengutamakan 3 perkara iaitu :
1. SEGERA BERTAUBAT
2. BERHATI TENANG
3. RAJIN BERIBADAH

Tetapi barang siapa yang melupakan mati, ia akan menderita 3 perkara :
1. MENUNDA-NUNDA TAUBAT
2. TIDAK RELA HIDUP SENANG
3. MALAS BERIBADAH

Yang mana satukah persediaan kita untuk menghadapi mati? Mudah je saudara sekalian, Ingat mati atau lupakan mati ??? ( masing – masing boleh tanya pada diri sendiri adakah mati itu pernah terlintas di fikiran atau tidak pernah langsung)
Kita hendaklah berusaha memperbaiki diri dan beramal untuk menghadapi masa sesudah mati. Anatara perbuatan yang dapat menolong seseorang untuk mengingati mati dan beramal untuk menyambut masa sesudahnya itu ialah ziarah kubur, memandikan mayat dan menyembahyangkan jenazah

Dari Abu Zar ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda
Berziarahlah ke kubur, kerana ia dapat menolong seseorang untuk mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikanlah orang mati, kerana mengurus jasad orang mati merupakan nasihat yang mendalam. Dan sembahyangkanlah jenazah kerana mudah-mudahan dapat meruntuhkan hatimu ( menyedihkan ) kerana orang yang bersedih dibawah naungan Allah, bererti menghadapi segala kebajikan
Orang yang lalai akan dunia maka dia akan lupa akan akhirat.kejayaan dunia itu pertama tapi kejayaan akhirat itu yang sebenar.
Pernah nabi tidur hanya beralaskan pelepah tamar. Ini menunjukkan nabi S.A.W mengintai mati, subahanallah kekasih Allah sendiri mengutamakan akhirat lebih hebat dari kita sekarang. Melihat akan keadaan Nabi ketika itu Umar menitis air mata lalu berkata “ya Muhammad bukankah engkau seperti Qisrar dan Qaisar di Rom dan Parsi?? Mereka hebat  dengan kekayaan dan kekuatan mereka. Lalu baginda Menjawab dengan lemah lembut “ berbahagialah mereka dengan dunia mereka dan berbahagialah kita dengan akhirat kita”




MENGINGATI MATI  2



Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhir lah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.

Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib, kelahiran dan kematian; rezeki; amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang termetri di luh mahfuz. Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas.
Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam. Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat.

Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal soleh, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri.

Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya".
            (Hadis riwayat al-Tirmizi)


Saat itu penilaian terhadap diri bermula tetapi penyesalan tak merubah apa pun, hanya kesedaran betapa ruginya meremehkan nilai sesuatu amal hatta bersedekah dengan sepotong kurma yang boleh menyelamatkan dari api neraka. Pada masa itu akan terkenang kita peluang yang tak direbut, saat leka dengan hiburan, kemalasan dan menunda ibadat yang menjadi kebiasaan.

Maka menangislah mata-mata yang tak pernah menangis (kerana takut pada Allah) dan ketakutan hati-hati yang tak pernah takut. Menggigil sekujur badan yang akan menanggung salah lakunya sendiri. Tidak pernah dalam satu hari pun kecuali pada hari itu ia berasa begitu menyesal dan berputus asa dengan keadaannya, malangnya peluang kedua sudah tiada lagi.
Sebelum kedatangan maut, adakah kita mempunyai impian pada saat akhir kehidupan seperti merancang untuk menikmati kematian dengan tenteram, meninggalkan orang tersayang dengan reda dan paling penting kerinduan untuk bertemu Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, sesungguhnya Allah pun tidak suka bertemu dengannya".
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pertemuan itu adalah pertemuan paling istimewa dengan panggilan istimewa "nafsul- muthmainnah" (jiwa yang tenang) dan ajakan yang mulia (kembalilah kepada Rabbmu) bahkan pelawaan yang amat berharga (masuklah ke dalam syurga-Ku). (Surah al-Fajr)

Itulah impian hamba Allah mengenai kematian kerana bagi mereka bahagia bukan hanya ketika masih hidup bahkan di saat akhir pun mesti dilalui dengan perasaan bahagia dan reda. Betapa ruginya mereka yang terperosok masuk ke dalam lubang yang digali syaitan padahal perjalanan panjang yang dilalui sebelum ini dapat dengan mudah dilaluinya tetapi di penghujung jalan mereka terperangkap.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu marilah kita bersama-sama menilai diri dan amal mudah-mudahan kita akan melalui kematian dengan cara yang amat indah sekali dek kerana telah ada persediaan rapi, amal yang cukup, sebutan dan kenangan yang baik kerana impian kita semua adalah husnul khatimah.

Tujuan Allah SWT mematikan manusia:

- Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri;
- Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika;
- Menyedarkan manusia daripada lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah-ruah;
- Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dengan menjauhi kejahatan;
- Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja sedangkan kehidupan di akhirat adalah yang lebih baik dan abadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan