Rabu, 4 September 2013

BINGKISAN SEMALAM

setelah beberapa minggu menjadi seorang guru praktikel, memang banyak dugaan dan cabaran di hadapi tidak kita urusan program, dan akademik. namun itu baru pendedahan pertama di dunia pendidikan ini..
aku yakin suatu hari nanti cabaran itu lebih berat akan ditempuh oleh setiap insan bernama GURU.
menjadi seorang guru bukanlah semudah lidah yang menyebut. kerana menjadi GURU adalah satu TANGGUNGJAWAB yang terpaksa di tanggung di dunia dan di jawab di akhirat..
bukan senang untuk mendidik manusia menjadi INSAN.. setakat mengajar dan makan gaji stiap hujung bulan itu memang mudah.. namun AKHLAK itu yang payah...
Menjadi seorang guru bermakna kita menjadi seorang JURUTERA yang bukan membaiki mesin tetapi berhadapan dengan membaiki akhlak mausia dan membawa mereka ke landasan yang sebenar dalam hidup ini..
bila melihat telatah budak-budak di sekolah tak ubah macam telatah aku sendiri dan rakan-rakan masa di sekolah dahulu.. gayanya sama je, budaya tu sama je di mana2. jadi aku faham akan setiap situasi yang berlaku dan kadang2 kita tahu sesuatu kita rahsiakan saja wat tak tahu..
bila berada pada tahap sekarang barulah aku faham erti kehidupan..
suatu hari nanti dunia yang bercirikan hiburan, keseronokan bersama teman itu akan berkurangan dan kita akan sedikit-sedikit mendekatkan diri dengan dunia dan akhirat..
masa remaja dahulu memang dengan jiwa dan darah muda semua buat tak endah. rasa kuat rasa hebat dan sebagainya lahir dari diri.. rupa2nya masa itu baru nk mencari identiti diri .. sekarang aku sudah NAMPAK matlamat hidup itu kemana.. kadang2 sekarang bercerita tentang hidup, tentang dunia akandatang  seperti itu jugalah guru ku dahulu pernah bercerita kepadaku.. seoralah-olah benda ini berputar seperti roda... baruku tahu itulah kehidupan...
andai diberi peluang untuk ulangi masa silam sudah pasti akan ku belajar bersungguh-sungguh dan menjadi INSAN sejak sekolah lagi...
namun bukan bermakna kehidupan yang dilalui ini salah dan tidak betul.. namun aku yakin ini adalah jalan yang ALLAH telah takdirkan untuk diriku bertemu dengan NYA kelak.. kerana mati tidak mengenal usia, sihat mahupun sakit..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan