Ahad, 1 Januari 2012

IMAN adalah MUTIARA dalam HATI manusia

Subhanallah adakah kita beriman kepada Allah swt. Jika kita mengaku kita beriman sebenarnya ia memerlukan kita kenal kepada ALLAH. Kenal yang sebagaimana?? Iaitu kita kenal sifat-sifat 20 nya, sifat-sifat mustahil bagi Allah dan sebagainya. Selain itu kita kena tahu dan meyakini akan kebesaran Allah di mana kita perlu kenal akan keupayaan Allah iaitu segala kekuasaan Allah terhadap segala isi di dalam dunia ini. Hatta cinta kita yang sering kita agung-agungkan itu juga datangnya daripada Allah. Baiklah usah kita lihat pada ciptaan Allah yang jauh seperti bulan dan bintang, cuba kita lihat pada diri kita sendiri sekarang ini, bagai mana Allah menciptakan kita. lihatlah bertapa sempurnanya kejadian kita ini, bayangkan pada tubuh badan kita ini tidak terhingga banyaknya nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. bayangkan sekarang kita ada 2kaki dan 2 tangan, adakah kita bersyukur?? Bayangkan jika Allah tarik salah satu nikmat itu dari diri kita seperti sebelah tangan kita. barulah kita merasai bertapa pentingnya nikmat tangan ini. Maka akan datang lah kesedaran kepada diri kita bahawa sesungguhnya Allah lah yang memiliki segala nya.


        Manusia sering lupa bahawa iman itu boleh turun naik atau juga hilang dari hati seseorang hamba Nya lebih laju dari pada kereta. kerana selalunya apabila kita diberikan sedikit kelebihan dari orang lain, kadangkala kita merasa sombong, bongkak atau bangga diri. Bila iman telah pergi maka tersangat rugilah kita. sebab itulah jika kita sedar kita telah berbuat perkara yang salah, jika kita tersedar maka beristifarlah mohon keampunan dari Allah. Iman adalah satu benda yang sangat berharga dalam diri kita.

      Kesedaran tentang iman yang sejati hanya boleh dimiliki dengan ilmu, kefahaman dan keinsafan diri dengan mengaku bahwa diri kita ini tidak memiliki apa-apa, tanpa punya kekuatan, tanpa punya kuasa dan tanpa punya pengetahuan jika tidak dengan kehendak Allah, iaitu dengan hanya izin Nya Allah sahaja maka baru lah semuanya boleh terjadi. Kun faa ya kun maka jadilah ia.

seseorang itu boleh hilang iman nya kepada Allah kerana ciri-ciri begini semestinya tidak boleh ada kepada apa yang digelar atau dikenali sebagai makhluk kerana mereka bukan lah Tuhan Yang Maha Mencipta, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Kekal,  kita bukan seperti itu kerana kita adalah insan yang lemah yang hanya diberi sedikit kudrat iaitu keupayaan oleh Allah, supaya kita dapat menjalani kehidupan di dunia ini semahu kita dengan kita diberi akal dan nafsu tetapi diperintahkan kepada kita supaya kita belajar untuk dapat mengenal siapa itu Allah dan menuruti segala perintah Nya. Allah turunkan Al-Quran dan Allah turunkan utusan nya iaitu rasulullah dan para nabi-nabi sebelum nya sebagai rujukan dan panduan kita hidup di dunia ini.  Allah telah menjadikan syurga dan neraka, sesungguhnya neraka itu adalah tempat bagi orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri kerana akibat keangkuhan dan kebodohan diri sendiri. Yang mana melanggar segala larangan yang Allah sudah gariskan.

Bila kita sering berbuat kebaikan maka kebaikan itulah yang pastinya akan memancarkan cahaya iman dalam hatinya. Kita mesti tahu bahawa Allah lah tempat untuk kita berserah diri, kesusahan dan kesenangan yang kita miliki hanyalah satu ujian Allah kepada kita untuk melihat sejauh mana kita dapat berbakti kepada sesama manusia dan juga untuk agama yang kita anuti. .Jika kita miskin adakah kita redha dan berusaha? Jika kita kaya adakah kita bersyukur?? Kita selalu lupa bahawa harta yang kita miliki sebenarnya bukan milik kita kerana Allah lah yang berkuasa memilikinya, sebab kita di akhirat kelak akan dipersoalkan bagaimana kita menggunakan harta yang kita ada semasa hidup kita.begitu juga kecantikan dan ketampanan kita miliki. itu ujian dari allah jika kita lalai dengan kelebihan itu maka kita akan menjadi rosak. percaya atau tidak coba lihat di luar sana, seberapa ramai anak muda kita lalai dan salah menggunakan nikmat wajah yang allah kurniakan pada mereka,dimana mereka lebih menjurus pada kemasiatan.jika kita lihat sejarah nabi yusuf a.s walaupun digoda oleh zulaikha namun dia tetap mempertahankan imannya. malah jawapannya "wajahku ini suatu hari nanati akan hancur dimamah tanah" jika anak muda kini jika di puji sedemikian maka makin lah mereka menjadi2 gediknya.lelaki mulalah mencari ramai perempuan cantik manakala si perempuan mulalah cair dengan kata2 godaan syaitan yg si lelaki gunakan. masyallah mengapa ini berlaku pada masyarakat kita yg beragama islam????? mengapa???dan dimana silapnya??

       Carilah akan keinsafan diri ini supaya iman kita akan dapat kita rasakan teresap di jiwa kita, kita mesti menaruh penuh kesedaran bahawa kehidupan kita boleh diubahkan oleh Allah dengan sekelip mata sahaja, dari kaya menjadi miskin, dari yang punya pangkat jadi hina, dari yang punya kehidupan yang bagus boleh hilang tanpa terduga, maka semua ini tiada yang kekal kecuali Allah Yang Maha Besar, yang menjadikan langit dan bumi dan juga seisi nya. Minta ampun lah  kepada Allah akan segala dosa-dosa yang kita lakukan dahulu dan juga minta ampun lah kita kepada Allah akan orang-orang yang telah kita aniaya kan atau kepada siapa sahaja yang pernah kita membuat kesalahan, menangis kerana merasa insaf diri, maka di sini lah akan kita ketemukan dengan iman yang sejati yang kita cari yang dituntut oleh Allah SWT.

Jika tiada kita kenal apa itu iman sebenarnya, kita tidak akan mencapai tahap ikhlas kepada Allah apabila kita membuat sesuatu ibadah dan bagaimana pula mutu amalan kita itu dapat kita tampilkan didalam kehidupan kita seharian? Maka kerana itu agak sukar kalau kita mahu menemukan dengan mudah orang yang baik didalam orang banyak yang pada am nya kita kenal mereka sebagai orang Islam. Keharaman sudah tidak dipentingkan lagi, perkara halal adalah perkara kecil, maka kerosakan akhlak masyarakat akan merebak terus hingga apabila setiap teguran untuk kebaikan akan di anggap sebagai satu perbuatan biadap kerana kita akan dikata suka menjaga tepi kain orang lain. keadaan kehidupan sekeliling kita semakin jauh dari landasan yang sebenarnya yang di tuntut dalam Islam, apa yang kita takuti ialah datangnya azab Allah sebelum datang nya kiamat kepada orang-orang yang mengaku Islam hanya dibibir mereka sahaja tapi hati mereka cetek ilmu agama dan hati mereka tidak ada pun kalimah lailahaillallah. Nauzubillah minzalik.


zaman berubah semakin ketara, hingga sukar membezakan pelbagai perkara, hatta tinggi ilmu di dada belum tentu indah akhlaknya. bila nafsu syaitan di jadikan pedoman, al-Quran dan sunnah tidak lagi menjadi panduan. bila cinta kasih tak kenal siapa, yang baik pasti tersesat jua. pilihan menentu masa depan. bukan hanya pada diri tapi pada segenap generasi. :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan