Rabu, 12 Disember 2012

IMAN...MUKMIN





tidak ramai yang mementing IMAN....
tapi tanpa iman dalam hati kita nescaya tidak bermakna kita hidup didunia ini andai tidak selamat di akhirat kelak. 

Iman adalah satu harta yang sangat beharga dan yang mampu menyelamatkan kita di akhirat kelak. mentauhidkan Allah adalah iman... yang Allah terima adalah kalangan hambanya yang mentauhidkan-Nya. tidak bermakna hidup tanpa ada Kasih dan Redha Allah keatas kita.

baiklah tidak lengkap andai kita berbicara tentang iman tapi tidak tahu pengertian iman itu apa dan mengapa iman boleh turun dan naik??

Menurut bahasa iman bererti pembenaran hati. 
menurut istilah pula iman adalah Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.”

Mengapa membenarkan dengan hati?? 

= maksudnya membenarkan apa sahaja yang telah di bawa oleh Rasulullah S.A.W

mengikrarkan dengan lisan pula??

=“Mengikrarkan dengan lisan” maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat “Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad S.A.W adalah utusan Allah)

mengamalkan dengan Anggota badan pula apa??

=“Mengamalkan dengan anggota badan” maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya.

Firman Allah swt :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila di-bacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan se-bagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.” (Al-Anfal: 2-4).


“Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih yang paling utama adalah ucapan “LA ILLAHA ILLALLAH” dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedang rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman.” (HR. Muslim, 1/63).

INGATLAH 3 PERKARA UTAMA TONGGAK MEMBANGUNKAN ISLAM ADALAH IMAN, ISLAM DAN IHSAN.... .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan